Saturday, October 24, 2009

YANG TERBAIK

Sesungguhnya jika Allah S.W.T mencintai hambaNya maka Dia akan tenggelamkan hambanya itu dalam dugaan dan ujian..
Barangsiapa yang tidak pernah mengalami musibah maka ia jauh daripada kasih sayang dan rahmatnya..
Mana tahu yg diam itu kerana zikir kepada Allah,mana tahu yg senyum itu kerana sedeqah,
mana tahu yg sedih itu kerana mengenangkan dosa dan mana tahu yg ceria itu kerana bersih hati dan mindanya.
Pahit manis dalam memikul tanggungjawab dan amanah Allah ini terkadang memberi jalan untuk mendapat kemanisan yg tiada terhingga..
walaupun yang datang..
air mata sering bertandang...
Kadang2 Allah patahkan hati kita untuk selamatkan jiwa kita...
Dia patahkan hati kita untuk membuatkan hati kita bersemangat...
Dia memberi kita sakit supaya kita menjadi kuat...
Dia memberi kita kegagalan untuk membuat kita rendah diri...
Dia menghantar penyakit supaya kita boleh belajar menghargai segala nikmat yang diberi oleh-Nya..

2 comments:

Anonymous said...

huhuhu..betui tu...

Insan Biasa said...

Ye begitulah .....