Sunday, July 18, 2010

150 juta aku sayang 'kamoo'~

Saturday, July 17, 2010

Tarabas.. ~

Tiga , empat hari ni asyik melayan cerita ‘ the cave of the golden rose’ aje kejer. Ingat zaman budak-budak dulu, selalu memonteng terawih coz nak tengok cerita ni. mak pula bising la bila 4 orang anak perempuan dia tak pergi terawih semata-mata tengok cerita nih.

Zaman kecik-kecik dulu pemikiran lain sikir, seronok tengok cerita ni sebab ada banyak benda menarik. Ada ahli sihir baik yang boleh bertukar menjadi angsa yang cantik, boleh tengok cendawan bercakap, batu bercakap, tu pun dah jadi benda yang sangat-sangat menarik.

Tapi bila hambir 15 tahun berlalu, baru lah aku faham betol-betol bila tengok cerita ni. besh giler-giler. Aku pun pelik bila tengok cerita ni, antara hero dalam cite ni, romualdo and tarabas, aku boleh jatuh suka kat tarabas terok-terok. Sedangkan tarabas adalah ahli sihir. Romualdo pula, punya lah pegang watak sebaik-baik manusia.

Yang penting, aku suka Tarabas!

Nota Hati: I really miss u DEAR!

Eternity - Tarabas & Fantaghiro



Finally I finished watching the whole series. I'm in love with the story cannot put it out of mind... I managed to watch the whole series within 4 days .I love Fantaghiro's and Romaldo's Love story, characters, acting and everything, even the costumes... I watched some episodes when i was small on TV....i enjoyed da movie tat i haven't seen in 15yrs...realllyyy2 enjoyed...

~falling in luv with TARABAS~

OST Full House

Friday, July 16, 2010

Tak mo dengki-dengki..

Lalallala.. serunak.. ada buah hati baru~ warna merah lagi.. muah..muah.. sayang kamu..!

Walaupun da ada buah hati baru, yang lama masih lagi menjadi pujaan hati..

Nota Hati: Abang merah, kamu jangan dengki2 dengan ‘adik’ merah yea.. xbek dengki2.. dua beradik mesti la kena bantu membantu! Lalallalala,

Wednesday, July 14, 2010

Rentetan Hidup Musim Baru~

Sejak balik Penang, aku dah tak buka sarang semut ni. hari ni tetiba rasa nak buka n nak menconteng kat wall sarang semut nih. Sejak balik penang, aku sangat sibuk. Boleh bagi sampai tahap 9/10. Banyak benda yang perlu buat, angkut barang, coz kena pindah tempat tinggal dan sibuk dengan susun jadual. Biasalah, dah namanya pun pelajar, macam inilah hidup.

Mungkin juga, aku akan sangat-sangat sibuk selepas ini, coz perlu pergi buat kaji selidik dari rumah ke rumah. Aku ingat nak ambik kawasan negeri Kelantan, tapi penyelia aku cakap, buat kat penag, lagi senang and mudah untuk aku. inilah benda yang paling aku runsing, aku ni mana arif sangat tentang kawasan penang. Jangankan Penang, kawasan Kelantan pun aku tak mahir. Muahahhahah.

Pada awalnya aku fikir aku nak ambik paper je, tapi..bila fikir-fikir apa salahnya lau aku berjinak-jinak dengan ‘dunia kajian’ sekarang ni. kalau ada rezeki senang la sikit bila nak terus sambung belajar lagi. Ahhh..berangan lagi..muahahhaha.

Sekarang ni penat sangat, coz dah mula kena cari data. Kena korek data habis-habisan, dari tahun 1980 sampailah sekarang. Pasni kena pulak cari responden sekurang-kurang melebihi 150 orang. Mana la nak cari semua tu. Silap-silap ketuk pintu umah diorang and siap kena halau dengan batang penyapu lagi.

Walau macam mana pun, hidup perlu diteruskan, . Hidup perlu diteruskan dengan riang ria and bahagia. Anggaplah isok merupakan hari penghabisan, konpom semua benda aku nak buat hari ini. And konpom juga lah semua benda akan terbuat dengan baiknya.

Andaikata isok merupakan hari penghabisan untuk aku, mahu aku titipkan disini, aku sayangkan kamu-kamu yang menyayangi aku. dan mohon maaf andai aku berdosa pada kalian!

Amboi melalut! Baru sakit kepala sikit-sikit dah melalut~ Muahahahahah.

Thursday, July 8, 2010

Berat Hati Ini~

Hari demi hari dilalui, hari silih berganti, rupanya dah hamper dua bulan aku berada di kampung. Isok, 9 julai aku akan meninggalkan kampung halaman. Bermula 12 hari bulan 7 ni, bermulalah kehidupan sebenar aku. Hati telah terdetik rasa pilu untuk meninggalkan kampung halaman. Tambahan pula mahu meninggalkan ibu yang tercinta seorang diri.

Beginilah nasib seorang ibu, terpaksa melalui kehidupan sendirian, walaupun pada masa mudanya dikelilingi oleh anak-anak. Kini bila suasana sudah berubah, keadaan juga telah berubah, inilah suasana yang terpaksa dilalui seorang ibu. Terpaksa menempuhi hari tuanya sendirian. Hati ini terasa berat untuk meninggalkan kamu wahai ibu, setelah hamper dua bulan aku menghabiskan masa bersama kamu.

A’ah..berat benar hati ini untuk meninggalkan kamu wahai ibu, .

Selama berada di kampung, aku juga berpeluang untuk mempelajari cara untuk memasak dengan betol, tidak ada lagi ketam masak merah yang berperisa tomyam 0k~ ehhhe..


Nota Hati: Sangat berat hati untuk meninggalkan emak saya!

Nota Kaki: harap sangat emak saya bermurah hati menerbangkan duwet yang berada di
bawah bantal, bawah tikar n tempat-tempat rahsianya untuk saya..
MUAHAHAHAH. Luv u mom~

Wednesday, June 30, 2010

Tidak pernah aku terniat~

Ya Tuhan.. Tuntunlah hatiku
Berikanlah aku ketabahan
Berikan aku kekuatan untuk menerima dugaan-Mu ini.
Ya Tuhan
Tidak pernah terniat walau sedikit pun,
Untuk aku menginginkan dugaan seberat ini dari Mu Ya Tuhan.

Monday, June 28, 2010

You ingat I tak KESAH ker?

Hari ni ari pertama dapat 'gaji’, orang lain sibuk-sibuk dapat gaji n dapat makan pizza, aku pun sibuk-sibuk dapat gaji jugak. Tengah syok-syok puasa ari ni, tetiba tengah arinya dapat gaji bulanan, so terpaksa la break puasa. orang bukak puasa time maghrib, aku pula bukak puasa time zohor. Ahh..istimewa bukan?


Dah la tunggakan hutang puasa masih berbaki beberapa hari lagi, sangat merisaukan. Arap-arapnya dapat la aku membayar hutang itu secepat mungkin. Erm..patut la sejak beberapa hari kebelakangan ini, aku emosi lebih. Rasa mahu sentiasa ditemani setiap masa, n bila mr. teddy busy dengan tugasan die, mula la aku menyimpan dendam kesumat. Muahahah.


Oi..Cik Leha, sedar diri cket, mr. teddy kamu berada beratus kilometer jauhnya dari kamoo. Jangan nak berangan 0k~


Mr. teddy .. maap yea, coz, kadang-kadang i mengata kat u dalam diam-diam. I mana boleh tahan bila u sibuk tiap-tiap masa. Tambah-tambah bila I tengah alahan nak dapat ‘gaji bulanan’ ni, makin la teruk i mengata kat u.

U tak taw betapa susahnya I nak dapat gaji bulanan ni. selalu I rasa nak marah kat u terok-terok taw, n terus nangis terok-terok sampaikan selsema. Bila dah selsema confirm la sakit-sakit kepala. Time rasa tak sedap badan or demam-demam, mula la I jadi seorang yang touchy. Mula la I nak mengada-ngada kat u. I lagi menci bila u busy time ni. huhh…menci..menci…


I lagi menci bila u janji, tapi u lupa.. I betol-betol maksudkan ni mr.teddy. u jangan main-main.

Tapi..bila dah dapat ‘gaji’, semuanya akan kembali kepada seperti sediakala la. I dah tak marah-marah kat u lagi time ni, n da tak menci-menci lagi.


Nota hati: I taw u sedang seronok dapat gaji kan mr.teddy.. alah, I tak eran pun, I tak perlu penat-penat kejer, I pon dapat gaji bulanan. Lalaalallala.

Tuesday, June 22, 2010

Surat cinta untuk MR.POPEYE from Olive~

Saya tidak menyintai seseorang kerana saya cintakan dia, tapi saya cintakan seseorang kerana , dia mencintai saya.

‘Gadis’ kamu risau sekiranya kamoo tidak ikhlas menyintainya, sebaliknya mencintai dia kerana bersimpati pada kehidupannya.’ Gadis’ kamoo tidak perlukan someone to be pity of her, n she scared if u luv her just at beginning of this journey of luv.but at the end , can’t hear world “luv” anymore!

Wanna to say sorry..

Coz I’m not good person as what u think. saya hanya ‘gadis’ biasa with a lot of mistakes. Just luv me a little not too much. Saya tidak mahu bersedih bila kita tidak lagi ditakdirkan untuk bersama. I’m not gud enough for u, but I’m always cuba untuk menjadi yang terbaik untuk kamoo. Banyak benda yang tidak baik tentang saye, .. kuat merajuk, kuat nangis, kuat jeles …{may be u dunno n wat dunno}. Just wait n see…

Sejujur hati saye, saye tak mampu untuk berhenti dari terus memikirkan kamoo. Saya sayang kamoo. Coz u always make me smile like da sun! u never make me cry..( saya tipu..coz nak sedapkan ati kamu..lalalal)

But ..jika suatu ari nanti kamu temui gadis yang lebih baik dari saye, please..choose her..( saya mahu nangis golek2 sambil mengeluarkan sttment ini). Tapi..sekurang-kurangnya let me know… saya cakap macam ni coz I’m not luv u..i do luv u..love u so much.. tapi saya sedar, who am I to change our faith. Saya tidak mahu memaksa kamu untuk menyintai saya selamanya, because I’m not anyone for u.. I’m just ur…??.

juz wanna to say I will never forget u.. coz.. U already enter my heart n ur name is already there...


Nota Hati: mood jiwang la pulak.. lalalala.

Nota Kaki: Ini namanya surat cinta bahasa rojak n broken punye bahasa. Muahahha.

Monday, June 21, 2010

Selamat Ulang Tahun Sayang~

Selamat siang matahari, selamat siang burung-burung di angkasa. Wah, mode baik nampaknya.

Biasa lah bufday gurl, mesti la seronok.. muahahahha.

Semalam lenguh jari nak reply msg kawan-kawan. Pe2 pun, tq semua coz ingt bufday saya…
Semalam ingatkan ada orang nak nyanyi lagu ‘ Selamat Ulang Tahun Sayang’ untuk saya.. tapi, xde. Walupun tak dapat lagu tu, dapat lagu “ Terlalu Istimewa “ pun 0k la. Hukhukhuk~


Nota hati: Sayang Kam0o~

Sunday, June 20, 2010

Hari baru n rumah baru~

Finally… semut merah ada rumah baru, rumah baru ini sempena untuk hari “besar” aku.
Rite now, aku duk kat Pasir Mas, duk menyibukkan diri kat CC. budak-budak nak masuk U sibuk kat CC sekarang ni, aku pun tumpang sekaki la nak sibukkan diri. Muahahah. Sebenarnya kehadiran aku kat CC ni membuatkan mereka terpaksa menunggu lebih lama.. ramai sangat budak ari ni. Sebenarnya saya pon tak ingin masuk cc ni, tapi memandangkan broadband saya dah jadi “berukband’ terpaksa la saya melangkah kaki ke tempat ini.


Opss! Mentang-mmentang la dah nak besar, ciap panggil ‘budak’ lagi kat mereka. Erm..ikot giliran la dik , dulu saye yang duk sibuk-sibuk nak masuk U. Sekarang giliran kamu lak. Terpaksa la kamu hadapi pelbagai karenah birokrasi jap lagi. Terutamanya PTPTN …. Ah..saye dah serik…. Sampaikan saye majuk n tak mau mohon PTPTN!
Apa-apa pun tahniah la kepada adik-adik yang telah Berjaya…




Ok…





Ok…



Saya Nampak kamu jelling-jeling saya sekarang ni dik… ok2..akak gerak ulu lah… tapi.. sebelum terlupa, “ SELAMAT ARI LAHIR YEA SEMUT MERAH”.. hihihi. Saye mahu menjadi orang pertama yang wish untuk diri saya sendirik!


Thursday, June 17, 2010

Pentingkan Kamoo~

Dear..

Kenapa saye rasa macam kamu tak ingat saya?? Kenapa dulu selalu hati saya riang ria dengan adanya kamu.. Sedih woo..kamoo wat saya macam ni sekarang ni..


Sms n msge kat fb kamo0 x bagi khabar berita…

saya pernah terfikir untuk bunuh dri….

Saya gunakan tauhu untuk ketuk kepala….

pakai cotton bud potong nadi tangan…

bonceng basikal laju & langgar daun…

makan vitamin degan gelogoh….

terjun bangunan dengan payung terjun…

nk gantung diri kat pokok tougeh….

lihatlah betapa saya pentingkan kamoo dalam idop sy..


Nota Hati: Terasa hati dengan kamoo..

Lagenda Budak Setan Official Trailer

Gundah Gulana~

Air pasang pagi surut pukul pagi, bangun pagi-pagi siram pokok bungaopss! Biasa la, morning-morning kena riang ria. Morning-morning bersihkan sarang semut. Rasa macam nak tukar rumah la pulak, 2,3 ari lagi aku tukar lah, macam banyak sangt semak nampaknya. Nak rasa suasana baru plak.. nak yang tenag la plak suasananya, xmo bersemak samun lagi la..


Aku baru perasan la, bila mood aku tak elok cket, mula la aku nak cari sarang semut ni. Rasa macam nak luahkan kat dalam sarang semut ni, tapi bila aku menaip jer, aku mula la celoteh benda yang tak berkaitan dengan perasaan aku. Muahahahhaha.


Topic yang mahu aku bincangkan ialah cik Saleha.

Apa yang penting, aku tak puas ati dengan cik saleha sekarang ni..

Aishhh..xley tahan geramnya nih..

Aku ni berlagak baik sangat ke? Muahaaha.. mana penah aku marah teruk-teruk kat cik saleha aku nih.

Aku bertindak berdasarkan pengalaman la, sebab aku pun tak suka lau orang tu terlalu mendesak aku dalam apa-apa hal yang aku lakukan.


So, aku pun tak nak la buat cik saleha tertekan n dengar aku marah-marah.. and buat die tak seronok.


Tapi..masalahnya sekarang ni, aku rasa tak besh sangat coz aku terpaksa mengingkari perasaan sendiri. Yela kan, time nak marah teruk-teruk pon, terpaksa cakap,


It’s orait,I’m 0k!


Memang tak patut kan??

Sekarang ni aku rasa tak 0k! itu yang sebenar-benarnya aku rasa.,,hukhuk



Nota Hati: Gundah gulana..lalalalalla.

Wednesday, June 16, 2010

Kita serupa cik Senah 0ii!~

Semalam, aku asyik baca blog orang lain jer, macam-macam kisah aku baca semalam. Cintan cintun, masalah keluarga, masalah berkawan, masalah nikah kawen dan sebagainya. Tetiba aku terbaca kisah blogger sorang ni, die cakap en.kekasih die pernah lupa besday die, n wat tak kisah jer bila blogger ni majuk-majuk tak puas ati dengan encik kekasih die.

Die cakap dulu selalu jer pujuk-pujuk, sekarang ni asyik bz jer, and sampaikan sms dan msg kat pesbok dah jarang berbalas. Bila keluar dengan kawan-kawan boleh jer sampai kul 4, 5 pagi baru balik umah. Tapi bila dengan die sms 3 n 4 msg dan penat, and cakap dah mahu tidow.

Aku namakan blogger ni cik senah ok, coz nak mudahkan aku bercerita. Cik senah ni jugak cakap yang die selalu memendam perasaan and still lagi sayang kat en.kekasih walaupun dilayan acuh tak acuh jer. Walaupun dilayan acuh tak acuh, selalu jer en.kekasih ucapkan kata-kata sayang kat cik senah ni. Keadaan ni membuatkan, ati cik senah cepat jer sejuk bila dengar ucapan dari en.kekasih die.

Ok, sekarang aku tutup cerita cik senah, time aku baca luahan hati cik senah semalam, terus jer aku cop en.kekasih die ‘terok’. And cik senah perlu mencari lelaki lain yang boleh membahagiakan diri cik senah. Aku fikir la kan, mesti en.kekasih cik senah ni ada skandal dengan pempuan lain, sampai bley lupakan cik senah.

Kalau dulu boleh jer en.kekasih cik senah main msg sampai 3 n 4 pagi, naper sekarang msg 3 n 4 keping pon dah penat. Konpom en.kekasih cik senah ada pempuan simpanan nih. Aku pun cakap la sorang-sorang, apasal la “slow” sangat cik senah nih, kena buli macam tu pun tetap sayang n “cool” jer dengan encik kekasih die.

Sedang aku menilai apa yang berlaku pada cik senah tu, tetiba ada suara entah dari mana datang ketuk dahi aku,

“ excuse ME cik semut merah.., situasi kamu dan cik senah lebih kurang sama 0k!~”
Aku usap-usap dahi aku, owh..senasib rupanya kita cik senah oi..muahahahha.


Nota hati: Alahai encik kekasih, besday saye sedang merangkak tiba nih..lalalla.

Surat cinta buat Miss A~

Ribuan terima kasih buat miss A yang telah menggagalkan aku untuk mendapat A ‘Bulat’ dalam paper sem lepas. Terima kasih peluk cium buat miss A. Kamu memang tutor yang hebat seantero, aku rasa kamu patut berada di Negara china, tapi bukan di Malaysia.. Punyalah aku bersengkang mata, punyalah banyak duwet aku habis untuk paper miss A, bukan A ‘bulat’ yang aku dapat. Miss A..aku kuciwa dengan kamoo.. sampai ati kamoo yea..

Tak per lah walaupun tak dapat A ‘bulat’. Harapnya aku tak jumpa Miss A yang bulat itu lagi.. Opss..cilap..tercakap kamu bulat. Mohon maaf peluk cium yea miss A, coz tercakap kamu bulat..

Nota hati: Miss A, sepanjang hari aku memikirkan kamu bila aku melihat slip result.

Nota Kaki: Kalaulah miss A tahu aku kata die bulat, konpom die akan bagi ' cacing kerawit' pulak sem depan. Mohon ampun yea Miss A~ Saye tak mahu cacing kerawit yea Miss A.

Tuesday, June 15, 2010

Bila Broadband jadi 'berukband'~

Masih lagi di kampung, sekarang ni makin malas nak melawat sarang semut ni.. coz, broadband aku kadang-kadang bertukar menjadi ‘berukband’. Pertukaran ini telah menyebabkan kemalasan diri sehingga menyebabkan laptop ini berdebu seinci and sarang semut ini telah dipenuhi oleh sesawang spider.

Kesibukan menjadi bibik telah menghalang niat hati untuk berceloteh. Lagipun, sekarang ni aku juga dalam usaha murni untuk berpuasa. Bukan puasa suka suki, or puasa sunat..tapi puasa ganti yang masih berbaki 11 hari lagi..huhuhu. inilah bahananya bila demam teruk-teruk time bulan puasa. Demam teruk-teruk campur cuti khas 7 hari membuatkan aku terpaksa bersuka suki mengganti puasa selama 15 hari.

Kesibukan menggantikan puasa, menyebabkan semangat untuk membeli baju raya juga telah berkobar-kobar. Mana tak berkobar-kobarnya, tukang jahit tepi n depan umah aku dah xmo terima tempahan baju raya lagi.

Risau..risau….baju raya…owh baju raya..

Monday, May 31, 2010

Luasnya bahasa cinta~

Tersungkur dalam kemanisan cinta. Kerana kasih, dibiarkan rindu itu bertamu, walaupun yang ada hanyalah kerinduan dalam sepi. Kerinduan mengulit rasa cinta, Menebar rasa dalam sekosong rasa hati. Cinta itu dimiliki, namun mengapa harus sepi yang merantai hati..mengapa sepi yang bertamu??

Cinta tak seharusnya memerlukan dia sentiasa disisi . Cinta tidak memerlukan dia sentiasa mengungkap kata manis.



Nota hati: Cinta tak perlu dituturkan , kerna bahasa cinta itu luas!

Friday, May 28, 2010

Hati yang terpilih~

Jangan bersedih bila hati kamu disakiti atau dilukai. Jangan meratap andai kamu ditinggalkan. Jangan menyalahkan dirinya andai kamu terdiam sepi. Kuatkan hatimu wahai insan yang hatinya telah terpilih untuk diuji oleh yang maha kuasa. Banggalah pada dirimu..kerana punyai hati yang kuat dan setabah hati yang kamu miliki. Bukan aku tidak tahu, betapa perit andai ditinggalkan..betapa perit andai ditipu.. betapa sakit andai hati kamu disakiti. Tapi yakinlah, bahawa hati kamu sangat bertuah, kerana terpilih untuk diuji oleh allah.

Allah tidak akan menguji hati-hati yang lemah. Ketahuilah oleh kamu.. hati kamu sangat hebat sehingga mampu untuk bertahan dan melalui ujian yang maha kuasa. Ketahui juga, Allah menguji mengikut kemampuan hamba-Nya.

Cinta bukan tercipta hanya untuk bahagia semata-mata!

Tuesday, May 25, 2010

TOGETHER~

LET ME KNOW~~
.
.
.
.
.
.
.
OR.
.
.
.
.
.



LET ME GO??

ExaM Vs Result~

Dulu penat-penat aku duk pikir sal exam..sekarang risau tentang result plak.. apa2 pun mintaknya berjaya..ekekek. Ari ni result lulus or tak lulus dah keluar, alhamdulillah semuanya aku ulus.. Kena tunggu 8 aibulan 6 pulak yang sebenar-benarnya akan keluar. Mintak-mintak semuanya akan baik-baik saja~

Nota Hati: Harapnya hatiku jua baik-baik saja~

Nota Kaki: Saya seorang yang cekal~lalallal

Monday, May 24, 2010

Aku sedang berdendam~

Seharian aku bekerja keras, kena merempit ok~ Kena g anta n ambik anak buah aku sekolah. Aku tak kesah sangat sebenarnya. Tapi aku sangat marah bila ada yang duk mengejek aku. Mentang-mentang la aku merempit.

Dah la asyik duk depan mata aku, ciap duk menjeling manja n mengejek aku lagi. Xpe-xpe… ciap la kau nanti..aku akan kerjakan kau suatu ari nanti!
Xder nye kau akan menjeling mengejek aku lagi..muahahha. Aku akn pastikan kau akan menderita!
....


...



.....
Berdosakah aku?? Berdosakah aku kerana dengki dan berdendam??

Aku harap aku tak berdosa kerana dengki dengan kereta yang sedang berlagak depan umah aku nih..! nanti la kau kereta, bila aku dah ada lesen and pandai bawak keta, ciap la ko nanti! Muahahahha..nantikan saat pembalasannya.

Habis duwet or Dosa?~

Ari ni, akak aku baru kuar ward. Ada jiran-jiran Tanya pergi mana dua tiga hari tak Nampak muka. Akak jawab pergi berehat kat hotel.
Selepas dua minggu asyik sakit-sakit perot, dua tiga hari lepas baru tahu ada batu dalam ginjal. So,2 hari lepas dah wat pembedahan and, hari ni dah makin sihat.
Bukan lama pown duk berehat kat hotel tu, 3 ari jer.. tapi kena bayar lebih dari 10k.muahahahha.

Bila jiran Tanya, kenapa tak g kat hospital kerajaan saje??
Akak jawab xmo menambah dosa~. ‘ kalau saye g hospital biasa, mesti semua ayat sumpah seranah akan kuar dari mulut saya’. Kenapa?? Jiran wat muka pelik. Nak tunggu masuk ward=3 jam, nak tunggu x-ray=3 jam, nak tgu doctor sampai=3 jam.. erm..konpom banyak ayat sumpah seranah akan kuar. Orang sakit ni, time sakit perlukan layanan yang baik.

Nota kaki: Tapi bukan semua tempat macam tu 0k~. tapi betol ker, orang kata..nurse yang tua2 nih garang?? Ekekekk..bukan saya kata ok,,orang lain yang kata..! muahahha. Sorie mak cik nurse. Selalu jer aku dengar orang yang dah bersalin cakap, nurse garang!

Saturday, May 22, 2010

Bahasa Indah Uda dan Dara~

Ada siapa-siapa yang mahu belajar bahasa tidak puas hati dengan aku? Antara perkataan yang aku tahu n ‘aku selalu guna’. Muahahhaha.


Antaranya ialah:


K

Ye La..

Erm..

Ye la tue..

Dah..

Ye ek?

Ek?

Eh?

Oooo…

Patut la..

Tak mo..

Tah…

Tak..

Tahu..

Saya tahu..

Len kali..

Makasih..

Xper.

Eleh..

Take your time..

I’m 0k~

Dear= Awak

Dear= Kamoo

Saya tak kesah.

Jangan risau~


Nota Hati: aku selalu guna perkataan nih bila tak puas ati, n mesti korang pon sama ugak kan?..lalallala. Dalam msg only!

Friday, May 21, 2010

Report Kehilangan Cik Saleha~

Early mowning, cik saleha buat report.

Dia cakap dia g sana la..dia g sinun la….blaa..bla..bla…!

Firstly, bila dengar je suara cik saleha, rasa macam sebak, coz..rupanya ada lagi cik saleha. Ingatkan dia jatuh longkang or dia tersadai tepi jalan. Syukurlah, coz dia selamat and tiada apa2 yang buruk berlaku terhadap cik saleha.

Secondly, geram dengan dengan cik saleha!

Apa-apa pun aku seorang yang penyabar 0k~


Geram…


Geram..


Geram….


Geram….




AKU GERAM KAMU CIK SALEHA…AKU MAHU KAMOO TAHU!





Kenapa begitu owh saleha!

Aduhai saleha..~


NOTA Kaki: Tanpa ‘Aduhai saleha. Pincanglah lagu dolah yang bernama Mawi itu’.

Aduhai Aspalela~

Kenapa yea, semalam aku telah bermimpi yang CIK SALEHA akan pergi jauh. Bila aku bangun tido, terasa nak tanya jer cik saleha, yang dia nak pergi mana hari ni, tapi..tetiba jer rasa malas nak Tanya.

Sekarang..aku tak tau kemana cik saleha telah pergi!!! Bila aku kol dia, tunang dia yang tak bertauliah telah menjawab panggilan aku.

Macam sama dengan yang aku mimpikan jer.. xper la, harap cik saleha tahu jalan pulang.

Lela..lela..ohh..aspalela.., opss…silap..bukan lela tapi saleha! Aduh SALEHA..kemana kau pergi?

Thursday, May 20, 2010

Tekanan Darahku meningkat!

Ada orang berebut ‘benda’ depan aku ari nih! Sorang darjah enam, sorang umur 6 tahun. And ada orang yang telah melanggar perjanjian. Dia jnji xmo guna lagi foul language, tapi die guna!

Kesannya, benda yang mereka duk berebut-berebut itu dah berada di atas tanah. Tetiba jer benda itu melompat keluar ikot jendela. Benda itu melompat keluar dengan adanya bantuan tangan kiriku!

Benda yang mereka mereka duk berebut-berebut itu adalah ‘sebijik termos percuma’ daripada MILO!

Padan muka kamu semua!!

Aku sangat geram, entah la.. macam mana keadaan termos itu, ia masih tergolek di atas tanah, mungkin jugak pecah ataupun pemegangnya akan patah. Aku hanya mengintai melalui jendela. Mungkin juga sedang nazak keadaannya.

Bangau Owh..Bangau..!




Bangun pagi-pagi tengok atas meja makan..

Tengok-tengok da ada bekpes yang dah tersedia..

Gosok-gosok mata, gosok-gosok gigi terus makan!

Ciap makan, letak piggang dalam sinki..

Basuh tangan and g carik kawan!

Bila suruh membaca ‘ akak malas’!

Ayat yang paling aku geram!

Bila aja aku dengar ayat tuh,

Semangat aku untuk berlatih lumba lari terus meningkat!

Tugas untuk berlumba lari telah aku sandang sejak aku balik kampung sejak dua menjak ni!

Nenek dan ummi dia dah tak larat nak kejar ‘akak’!

Aku tak kesah sandang jawatan itu,

Coz dapat jugak aku wat senaman untuk menurunkan berat badan aku yang makin meningkat nih!


Nota kaki: bangau ohh bangau kenapa engkau gemok~

Wednesday, May 19, 2010

Perjanjian sulit bibik datin zainab~



Cuti- cuti dikampung.

Sangat penat menjadi bibik. Huhuhu. Tapi yang penting enjoy. Tak perlu mengadap buku lagi. Berbezanya duk kat kampong, kena mengadap periuk dan kuali sokmo 0k~ sibuk dikampung sehingga telah lama aku tidak menjenguk ‘sarang semut merah ini’.
Balik kat kampong, terus buat perjanjian dengan anak buah aku, siap wat surat itam putih lagi. Ekekek.biasala kan cikgu yang Berjaya. Ekeke. Antara isi kandugan surat perjanjian


1. Akak tak akan melawan kata ummi dan mek.
2. No foul language!
3. Semua arahan ‘sue’ akan akak ikut.










4. Akak tak perlu menjaga adik!
Inilah isi perjanjian antara aku dan anak buah. Muahahah.
Siapa yang melanggar janji akan ditarik segala kemudahan yang diberikan. Termasuklah bermain games, handset, mp4 dan SEBAGAINYA.
Eekekkek, padan muka anak buah aku!

Dan padan muka aku juga, sebab terpaksa menjadi bibik di rumah datin hajah zainab! Ekekek.
Opsss~ bukan datin yea, ‘lalallalalal’.

nota kaki: walaupun bz, saya masih lagi ada perasaan rindu buat kamoo 0k~ lalalla.
(harap kamu jumpa sarang semut merah ini,ekekke).

Sunday, May 9, 2010

Berangan Itu Indah~

Mesti seronok kan kalau dapat sesuatu dari orang yang kita sayang..ermm (marilah kita bersama-sama berangan-angan..ekekkekek).

Tambahan dalam suasana dan keadaan yang kita tak harapkan apa-apa dari dia.
Kalau kita nak bagi sesuatu kat seseorang, biarlah bukan dalam keadaan terpaksa, harga tidak menjadi ukuran, yang penting..ikhlas..mempunyai makna, dan mempunyai nilai tersurat yang tersendiri.

Sesuatu benda yang kita beri kepada seseorang itu, semestinya ada makna untuk diri kita.. kita memberi kepadanya,adalah supaya dia memahami maksud yang terpendam yang ada dalam hati kita.

Katakanlah..

Aku ada benda ni..( katakanlah ye....)


Ingt ye..ini hanya ‘katakanlah’ aku ada benda ni..~
ini gamba contoh yea.


Aku mahu berikan yang permata merah dan ada reben kepada dia, and yang biru tu aku nak simpan untuk diri aku..
Ini bermaksud, aku mahu dia selalu ingat aku. Aku mahu dia tahu, aku selalu pegang dia, walau pon kecik, boley aku gengam-gengam.. Bila aku dah gengam..maknanya, dia akan duk dalam tapak tangan aku la. Dan bila dah duk dalam tapak tangan aku.. maknanye aku tak pernah lupa dia.

( Jangan pandang ‘gift’ yang aku nak beri ni mainan budak-budaak ok~ hahahhah).


Tapi.. kalau asyik duk dalam gengam sokmo, mesti dia akan lemas gak kan??.. bila dah lemas..mcm ni la jadinya… Ni maknanya Hye Hye Bye Bye la. Ekekekek.


.............
..............
.........






.....



........




..........








.......




......

Tapi..’katakanlah aku dapat benda ni.. apa harus aku buat..??


Ini pun gambaran 'contoh' yea~



Tak kira la dia beli kat mana, berapa harga pun.. Yang penting Mesti la aku akan rasa sonok! Lalalallal.

Tengok..tengok..cantik kan?? wooow!

Katakanlah semua tu betol-betol berlaku..

mestilah aku akan kata :


" makasih DEAR! i LUV u more~ " *wiNk..*wiNk~

Nota Kaki: Firstly..aku nak tergelak..(hahahhahah). Apa sahaja yang ditulis ini adalah angan semata-semata, tidak berkaitan dengan mana-mana pihak. Gamba-gamba juga, hanyalah lakonan semata-semata. Lalalallala~ wInK*

Saturday, May 8, 2010

Cemburu itu Senaman Hati untuk Kesegaran Cinta~


Bilakah masanya kamoo-kamoo semua mengalami cemburu yang melampau terhadap ‘chenta’ kamo??

Saat berjauhan?

Ketika ‘dia’ jadi perhatian uda-uda dan dara-dara?

Sewaktu dia dapat kerja?

Sewaktu dia naik pangkat dan ramai peminat?

Atau sewaktu ‘dia’ berubah dari segi penampilan imej?

Atau sewaktu ‘dia’ mula tak peduli akan kamo?



Ini jenis-jenis cemburu yang aku ada 0k~


Aku cemburu bila aku kol ‘dia’ pukul 3 pagi tapi ..panggilan ‘waiting’~!

Aku cemburu bila, kawan lelaki yang paling rapat dengan aku dah mula ada awek~ ehhe~

Aku cemburu bila abang aku nak kawen dulu~ ghee..

Aku cemburu bila ‘dia’ ada perempuan simpanan” hahahhaha.

Aku cemburu bila ‘dia’ beli baju untuk die sorang jer~lalallala.



Apa-apa pun, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Cemburu itu ada yang disukai Allah dan ada yang dibenci-Nya. Yang disukai-Nya ialah cemburu di dalam keraguan dan yang dibenci-Nya ialah cemburu yang tidak dalam keraguan.” (Hadis riwayat Abu Daud).


Cemburu dalam keraguan bermaksud : Hanya menyangka dan masih percaya kebaikan pada pasangannya. Cemburu yang tidak dalam keraguan pula bermaksud tuduhan melulu tanpa fakta~



...........

.........

.......

.....



..






......


..

























Saye sangat cemburu dengan orang ini, sebab dia sangat kacak...! ( Lari tajuk plak..!)


Nota Kaki: Pernah ker aku cemburu?? ekekkeke~


Agak-agak kalau aku cemburu...orang tu KESAH tak?? wwuhuuu~

Friday, May 7, 2010

Gemok-gemok dan putus-putus~


Nampak besh tak laksa kat atas tue??

Laksa ni aku yang masak 0k~. Mak aku macam taw-taw jer aku mengidam nak makan laksa. So, dia beli laksa, and aku pula yang kena masak kuah laksa. Macam besh kan?? Memang betol-betol besh la..ekekek.

Aku suka makan laksa kat Kelantan bcoz, laksa kat Kelantan lebih berseni ok~

Laksa kat Kelantan xder la

besar-besar

liat-liat

gemuk-gemuk macam kat penang,

dah la gemuk-gemuk

putus-putus lak tu.



Laksa kat kelantan,

slim-slim je,

Panjang-panjang lak tu..

And tak liat-liat 0k~


Nota Kaki: Mesti la laksa Kelantan best, sebab bukan laksa segera!

Ketam oh ketam~

Sape yang berani cakap aku tak pandai masak?? Sila angkat kaki masing-masing 0k~
meh la kamo semua join kelas memasak Cikgu Semut Merah.ehehe.. 0k~ari ni kita masak ketam masak merah yea. Firstly.. kita uruskan KETAM yea.


Oleh kerana aku tak berapa pandai nak uruskan ketam, aku Tanya la mak, mcm mana nak bersih ketam.. mak aku diam jer, dia cakap dah besar-besar pon tak taw lagi ke?? Esok lusa dah nak kawen pon tak tahu lagi ker nak wat benda tue? Aku pon berusaha sendirik je la..


Tengok…! Kan dah bogel ketam tue aku kerjakan.. Sape suh mak berlagak n tak mo bagitau nak buat macam mana…~ Habis ketam-ketam tu aku cabul tanpa belas kasihan! Aku sangat-sangat puas ati..muahahha.


Eleh..senang jer nak masak ketam masak merah ni.. kacang jer.. kisar bawang merah,bawang puteh, halia, cili, dan lain-lain bahan, panaskan kuali, tumis bahan-bahan tu semua..and masukkan gula, garam, and ajinomoto sekucup rasa.. mesti menjadi punyer ketam masak merah. Tapi kalau korang menumis bahan-bahan tadi guna minyak DIESEL,konpom tak jadi la ketam masak merah korang,lalallalal..~**~


Tengok! Menjadi tak..?lalalla..see da leg la~


Tak sabar nak tunggu anak buah balik sekolah, nak suh die rasa… tetiba bila dia dah rasa,


Anak Buah:“ Sue, sedap tom yam ketam sue masak”..


Aku: Erkkk?? Aku masak Tom Yam ker? Bukan ker aku masak ketam masak merah! Anak buahku bikin aku konpius~~

Nota Kaki: Tak boleh terima bila anak buah cakap aku masak tom yam ketam!

Thursday, May 6, 2010

Saya bukan balik kampung untuk KAHWIN 0k~

Orang lain sedang sebok duk berkawan rapat dengan BUKU, aku pula sibuk-sibuk balik kampung. Tetiba jadi tak sedar diri nak balik kampung,sedangkan time tu exam satu paper tak lepas lagi. Kebetulan aku balik kampung, orang kat umah sebok-sebok pula nak wat family day. Aku pon join dua kaki la. Lokasi pilihan ialah pantai Tok Bali~ Duk bermalam kat sana semalam sahaja. Semasa duk kat sana, banyak kenangan yang dirakam oleh aku..ekekeke.


yASMiN yang sangat gojes~ 'mcm cantik jer pic ni, xde edit2 ok~'


Ini pula Najmi yang sangat KaCak~" men air 10 minit terus nek, nak suh saye setting rambut die, penat!. tecik2 dah pandai ngada2..



~patut la asyik suh setting rambut, ada sebab yer...?~



lelong~ lelong~ sedang asyik men air, tetiba ada orang lelong seluar lak, ekekeek~ xkan main air sampai tertanggal seluar..ekekeek~


ini i'In Yang sangt Seksi oK~



InI Mama yang mampu kuarkan api melalui muLuT OK~bILA mama cakap, kamoo jangan kerja kilang time cuti ni..so,saya pun menurut perintah la.! Mama saye maknanye sister saya yea~*mama cakap die dah makin slim,tapi slim ker mcm tu ek??*


Ni plak uMMi yea, malu2 pula uMMI ni YEA.huhuhu.


teng0k, kacak tak Yasmin?? ekekekkeke~



~ni pula time BBQ malam tue..~ adik I'in makan sampai tertidow!dah la tido kat bangku~





~mowning2 lagi dah men sukan~



bergaya tak emak saye..ekekekek~



tengok! sampai sekarang ada jer benda kat tangan mak saya, itu adalah untuk anak2 sedara saya ok~ bukan untuk saya lagi. sape degil kena la..muahahaha. Zaman untuk saya dah berlalu. zaman saya GETAH PAIP jer..ekekekke.

Lepas men sukan and mandi untuk kali terakhir, kami semua berangkat pulang pada petang esok nya.





erm........mana bley ni..gamba aku xder..ekekek. mana aci!

Inilah aku ..yang telah diedit secukup rasa, dan ditambah ajinomoto skali..


eh..ada lagi..yang ni dah ditambah sos tiram dan halia,."tapi bukan ayam masak halia 0k~"

nota hati: i luv my family.

nota kaki: Ini adalah bukti untuk orang yang telah memfitnah saya balik ke kampung untuk kawen. " Saya belum kawen 0k~"

Tuesday, April 27, 2010

Warkah buat Kamoo~

Tak banyak yang saya mahu pesan dan kata .. Cuma ini sahaja ye~


When you have to look away
When you dont have much to say
Thats when I love you
I love you, just that way
To hear you stumble when you speak
Or see you walk with two left feet
Thats when I love you
I love you, endlessly
And when your mad cuz you lost a game
Forget Im waiting in the rain
Baby i love you,
I love you anyway
Heres my promise made tonight
You can count "on" me for life
Thats when i love you
When nothing you do can change my mind
The more I learn, The more I love
The more my heart cant get enough
Thats when I love you, no matter what
So when you turn to hide your eyes
Cause the movie it made you cry
Thats when I love you
I love you a little more each time
And when you cant quite match your clothes
Or when you laugh at your own jokes
Thats when I love you
I love you, more than youll know
And when you forget that we had a date
Or that look that you get when you show up late
Baby I love you, I love you anyway
Heres my promise made tonight
You can count "on" me for life
Thats when i love you
When nothing you do can change my mind
The more I learn, The more I love
The more my heart cant get enough
Thats when I love you,
When I love you no matter what
Thats when I love you
When nothing baby
Nothing you do could change my mind
The more I learn, The more I love
The more my heart cant get enough
Thats when I love you,
When I love you no matter what
No matter what

Nota hati: Kenapa saya jadi JIWANG nih..ekekekek~ mungkin sebab saya geram!

Nota Kaki:Saya mahu pergi Lebih lama dari kaMOO! Jaga diri yea~

Baik-baik Sayang~

Saya terpaksa meninggalkan kamu seminggu ini.
Kamu jangan majuk-majuk. Saya tinggalkan kamu sekejap sahaja, kamu jangan risau ye, saya dah amanahkan kamu kepada kawan saya.
Dia akan menjaga kamu sepanjang ketiadaan saya.
Kamu jangan buat hal bila kawan saya ambil berat akan kamu.
Kamu juga jangan nak merajuk bila dia mahu meminta tolong dari kamu ye.. kamu jangan merajuk seperti kamu selalu tunjukkan depan saya.
Saya xmo kamu pejam-pejamkan mata kamu dan kamu juga jangan membisu bila mereka mahu kamu bercakap atau menyanyi.
Kalau kamu degil, saya majuk dengan Kamu~


Nota Hati: Saya Sayang kamu~

Nota Kaki: Kamu ingat yer Merah~ segala pesanan saya.

Sunday, April 25, 2010

Maaf bila saya jadi SOMBONG~



Bila kamu rasa saya makin sombong, mungkin itu BETOL. Bila saya rasa perhubungan itu tidak akan berkesudahan, perlu untuk saya sombongkan diri,perlu untuk saya jauhkan diri dari kamoo! Saya tidak mahu melihat saya sedih dan SENDIRI ditinggalkan. Jika kamu rasa kamu hadir dalam hidup saya sekadar untuk menanti waktu dan hari untuk meninggalkan saya, please…stay away from me OK~.. Jangan kamoo cuba-cuba dekat dengan saya jika berniat untuk pergi dari hidup saya!

Saya jenis tak suka ditinggalkan bila saya dah mesra dan rapat dengan seseorang! Sometimes, u get a second chance, but..dengan saya sori la ye… tapi lau orang tu saya betol-betol tak boleh lupa. Tu kira kesah len ok! Ehhe.

Bila kamu dah nak pergi dari saya, xkan la saya nak kata.. don’t go, u will die!Tak adanya saya nak kejar n bunuh kamoo, N tak kan la saya nak merayu-rayu suh stay close dgn saya~ xder maknanya saya nak cakap mcm tu..apa yang saya akan cakap ialah, I’m ok~.

Nota Hati: Bila kamoo mahu pergi dari idup saya, tolong pergi perlahan-lahan yer, jgn sampai saya terperasan. etc: merangkak or mengengsot ye~.

Nota Kaki: Jiwang sikit mlm ni..ekekekke~

Saturday, April 24, 2010

Kaki Aku Mengajak Aku berdansa Lagi~

Lepas magrib, saya siap-siap untuk keluar dengan kawan saya. Saya rasa macam nak makan KFC. Saya pun merancang la untuk makan KFC dengan kawan saya kat Padang Kota. Semasa menunggu kawan saya berciap-ciap, saya pun berperasanlah seorang diri.


~Dan inilah hasilnya~ harap semua tak kesah yer..!

Malam ni saya pakai baju warna pink, maklum la,,saya ini kan ‘hanya semut merah’. Sebenarnya saya tak biasa pakai baju warna pink, tapi sejak dua menjak ni, tetiba berkenan kat warna pink dan merah. Jadi, saya pun balun la warna pink malam ni.

Sampai kat Padang Kota, duk lepak-lepak jap, dan kami menjamu selera dengan penuh perasaan. KFC entah kemana, yang ada hanyalah ini. Sayu rasanya~hati kecilku menangis!



Duk melihat-lihat, ramai jer kupu-kupu and rama duk bertenggek kat benteng malam ni, pelik jer rasanya,. Rupa-rupanya malam ni malam minggu, patutlah banyak kupu-kupu and rama-rama. Cantik jugak pemandangan kat sini bila malam-malam, banyak lampu!
Tetiba rasa nak bergamba pulak, macam cantik jer suasana malam ni. Terus la saya bergambar. Ok-ok ..jum lihat gamba saya yang gojes berbaju pink malam ini~ehehehehh~
Inilah gamba saye.

~ opss..sori, hanya ini yang muat dalam encet saya… gamba kaki jer~lalallalal

Tetiba rasa lapar.. kami pergi la makan kat tepi pantai, ramai orang betol! Makan ikan siakap bakar. Ekekke~ xmo dengki-dengki yer semua, muahahaha!


Sedang duk makan-makan, Nampak la bebudak belasan tahun duk layan SISHA, lebih-lebih betol bebudak nih, aku pun curik-curik tangkap gamba mereka. Sajer..nak wat koleksi gamba mereka! Kot yer pon nak melayan Shisha, wat biasa2 dah la, xpayah la sampai terdongak-dongak!



Nota Kaki: Marilah kiter bersama-sama berdansa~

Thursday, April 22, 2010

Pesanan buat bakal menantu Emak saya~



Best jugak bangun awal-awal morning, dapat dengar burung sedang setting suara masing-masing. Macam-macam suara burung boleh dengar. Sebijik rasa macam duk kat kampung. Cuma yang tidak ada kat sini hanyalah kokokan ayam sahaja. Bercakap pasal ayam berkokok, teringan zaman kecik-kecik, seronok bila bangun pagi-pagi dengar ayam berkokok, tambah-tambah kalau hari tu hari raya puasa. Bagi aku lah, bila pagi raya dengar ayam jantan berkokok, akan timbul perasaan lain macam jer, ia ada feel tersendiri.

Masa kecik-kecik, aku suka tido awal pada malam raya. Walaupun orang lain sibuk duk main main mercun dan main pelita, aku masuk tido jugak. Coz aku nak cepat-cepat malam jadi pagi, nak raya cepat-cepat. Bagi aku, raya zaman kanak-kanak sangat seronok dan meriah. Kemeriahan untuk menyambut hari raya betul-betul dirasai dan sampai sekarang aku ingati dan seboleh-bolehnya aku tidak mahu lupakan.


Part yang aku paling seronok ialah tolong akak-akak buat biscuit raya, suka and seronok giler bila dapat wat kueh raya yang macam-macam bentuk and warna. Rasa tak kesah, janji bentuk dan warna lain-lain ok. ~ekeke. Tapi takde nya mereka nak buat kueh mueh depan aku, confirm mereka akan buat time aku dah tido ataupun time sahur. Zaman tu, zaman berlumba-lumba nak buat kueh raya dengan jiran-jiran, almaklumlah akak-akak tengah muda remaja, masing-masing nak tunjuk bakat tersendiri.

Jangan cakap saya melucah ok~ saya google jer, tetiba jumpa biskut seksi nih~ muahahha!

Benda yang paling kelakar sampai sekarang aku tak boleh lupa ialah, baju raya merupakan benda yang paling sensetive untuk dipamerkan. Bila kawan-kawan Tanya, ‘baju raya kamo warna ape?’. Aku cakap baju aku warna merah , walaupun baju sebenar berwarna hijau. Punyalah aku berahsia bab-bab baju raya nih. Ish..mana boleh bagitau orang baju raya kita warna apa, nanti orang tiru. So kena tipu-tipu la, ekekke~. Lagi satu, pernah aku nangis-nangis sebab baju raya. Isok nak raya , hari buat ketupat baru siap baju raya aku.

Bab lambat siap aku tak kisah pun, coz mak aku sendiri yang jahit baju raya untuk aku dan akak-akak. Tapi yang jadi masalah dan buat aku nangis-nagis ialah.. akak aku basuh baju raya aku, dan sidai kat luar umah. Kebetulan pulak time duk sidai tu, kawan-kawan aku datang untuk main kat umah aku. Aku pun nangis la, mereka tengok baju raya aku. Baju raya masa aku kecik-kecik dulu benda yang paling sensitive taw, mana boley tunjuk-tunjuk kat orang. Nak cuci sebelum pakai pun, kena sidai dalam umah, tak nak orang nampak nanti bila orang nampak, dah tak gempak lagi rasanya.

Oleh kerana aku tido awal time malam raya, aku akan terjaga awal la pagi raya. Pukul 5 pagi aku dah terjaga, tapi tak de sape yang bangun pun time tu. Aku kejut la mak aku bangun, mak aku cakap awal lagi, aku sambung la tido balik, tapi..takdenya aku boleh tido…duk fikir macam-macam time tu, tak sabar nak pakai baju raya, dan duk fikir destinasi mana yang perlu pergi kutip duit raya.


Bila dah kul 6.30 pagi, tak perlu sape-sape pun paksa aku mandi and pakai baju raya. Semua aku akan buat sendiri. Lau hari sekolah biasa, mintak maaf la ye.. muahahahha~ Bila dengar jer tasbih hari raya, terus terasa gembira dan pilu.

zAMAN DAH BESAR AND GOJES~ EKEKEKKE


Bila dah besar ni, susah nak cakap gembira or tidak. Bagi aku raya sudah hilang meriahnya. Perkara utama yang buat aku rasa macam tu ialah, semua akak dan abang dah tawen. Time malam raya tingal aku sorang jer duk kat umah. Semua benda aku kena buat sendiri, buat kkuih raya sorang-sorang ok~ . mereka dah ada nak pinak, tak sempatnye nak tolong-tolong aku. Lagipun mereka semua duk jauh-jauh semuanya. Balik pun dah semput-semput nak raya dah. Yang tinggal hanya aku ajelah kat umah. Kecian ugak kat mak bila time macam ni. Tapi, sekurang-kurangnya aku masih ada untuk menemani mak. Pernah jer malam raya, aku dengan mak yang ada kat umah . Akak-akak dan abang semua balik umah mertua. Xbest langsung rasa, langsung tak meriah. Aku saja-saja nak wat meriah, aku kuarkan semua kasut yang ada, dan aku susun kat luar umah, aku pasang lagu kuat-kuat, and aku lompat dalam umah sorang-sorang~ Mak aku Tanya, nape duk melompat-lompat nih, aku terus jer jawab, ‘Nak suh rasa meriah”. Mak wat tak kesah jerk at aku. Die pun faham kot, betapa tak besh nya aku raya sorang-sorang!

Time nak kemas umah, semuanya aku kena buat, xder nye jiran aku nak tolong datang kemaskan and tolong aku. Akak-akak aku lagilah tak boleh nak mimpi kat mereka semua. Balik pun dah dekat raya, usahkan nak tolong aku. Semua benda aku buat sendiri, dari halaman luar umah sampai lah kat sekecik-kecik ruang dalam umah aku kena kemas, iaitu bilik air. Penat betol la. Akak dan abang balik semua dah beres dah. Untungkan mereka??

Time malam raya pulak jangan bermimpi la pukul 9 dah boleh tido. Sekurang-kurangnya pukul 3 pagi baru aku boleh tido. Kena buat macam-macam, dah la seorang diri. Tapi, mak kadang-kadang teman jugak aku wat kejer, tapi aku akan paksa mak aku tido ugak. Mungkin mak pon kecian tengok aku sorang-sorang wat kejer. Tapi, aku lagi kecian tengok mak aku, aku faham perasaan mak aku, mesti mak aku sedih sebab keadaan dulu dan sekarang dah berubah. Raya dulu-dulu akan dikelilngi oleh anak-anak. Tapi, bila anak-anak dah besar, keadaan semuanya berubah. Tetapi, walau bagaimana pun, setiap orang ada tanggungjawab masing-masing. Mak aku pun faham bahawa akak a pun punyai tanggungjawab tersendiri. Bila dah bersuami, mereka ada tanggungjawab pada suami masing-masing.

Bab makan-makan pun aku kena uruskan jugak, menu untuk pagi dan tengah hari raya. Erm..ingat sennag ker jadi anak paling last nih. Bila hari wat ketupat, saya lah bibik, sayalah tarzan. Kena buat macam-macam, kena sediakan santan untuk ketupat, bungkus ketupat, rebus ketupat dan macam jenis kerja lagi. Lau zaman kecik-kecik dulu, confirm time ni aku duk tengok cerita kat tv, yang rosyam nor berlakon sambil makan pulut dengan air milo. ~opss, hari buat ketupat aku selalu mohon cuti puasa dengan mak, coz tak tahan dengan godaan makanan yang ada~



Semuanya dah berubah sekarang ni, keadaan pun dah berubah jugak. Tapi yang masih belum berubahnya ialah ,tiap kali nak bangun sahur, mak mesti kejutkan aku, dan paksa aku bangun makan. Bila mak kejut, aku kan jawab, “ye, dah bangun ni”. Mak terus la diam, aku pun bangun la, pergi bilik air, cuci muka dan seangkatan dengannya. Terus pergi kat meja makan, ambik pinggan, ambik lauk.. dan time nak suapkan nasik kat mulut, tetiba aku mendengar lagi satu jeritan yang buat aku terkejut. “SEMUT MERAH, bila nak bangun tido, sahur dah nak abes waktu ni, bangun cepat”. Owh..baru aku sedar rupanya-rupanya aku masih tergolek atas katil. Rupanya yang aku g bilik air, ambik pinggan semuanya mimpi semata-mata.

Ini hanyalah secarik dari segala pengalaman hidup, banyak lagi benda-benda yang harus dilalui dan ditempuhi. Kadang-kadang ada pahit dan kadang-kadang ada manis.

Nota kaki: Ehem..kepada siapa-siapa yang BAKAL menjadi menantu emak saya. Saya nak bagitaw awak..saya mahu beraya dengan emak saya sokmo~. Harap awak tak kesah ok! Ekkekeek~

Wednesday, April 21, 2010

My RED flag list..


  1. All I need is the right man, and this will fix my life.
  2. If it is really true love, he will know what I want without me having to say or ask him.
  3. He will be totally loving and totally attentive, yet always remain mysterious and an exciting enigma to me.
  4. He needs to be better and smarter than me, in every way.
  5. He will call all the shots and make all the right moves, and never get it wrong.

Nota Kaki: No 2 yang paling penting OK~

Kami berdansa di bawah pokok Mangga~

Hari pertama exam, tapi rasa macam da habis semua exam dah. Coz, aku fikir paper ni yang paling susah, so bila dah lepas, lega sangt-sangat rasanya. Bila habis exam, aku pergi hantar projek yang telah aku dedikasikan untuk MR. Teddy kepada lecture VRS 104. Sekarang tidak ada lagi benda-benda yang mengganggu fikiran aku. Semuanya telah selesai. Tapi, masih ada dua kertas lagi yang belum lepas.

Semasa on the way balik exam, semasa duk makan-makan kat kafe dengan Kerengga Hijau dan Hajaratun, tetiba jer kami bertiga terasa nak makan mempelam muda. Sedang berkira-kira nak kuar beli rojak buah , tetiba terlihatlah oleh kami sepohon pokok mangga kat belakang tempat tinggal kami. kami saling memandang antara satu sama lain, dan tetiba hajaratun berkata, “ Exam baru lepas satu jer ni, nak ke tak?”. Kerengga Hijau pula menjawab, “ Erm.. tempat ni kan tempat kita, aku rasa tak salah kot”.

Pada malamnya, berbekalkan plastic TESCO, Pakar pemanjat pokok dijemput hadir sama untuk menjayakan projek kami ini. Kami berempat tetiba berubah menjadi penyamun yang bertauliah. Seorang diatas pokok, dan selebihnya mengutip buah mangga kat bawah. Hasilnya, sangatlah berbaloi-baloi. Walupun begitu, pakar panjat pokok kami mengalami kecederaan digigit oleh semut yang kecil tetapi memberi kesan kegatalan yang agak lama.

Inilah hasil yang kami perolehi dalam masa 30 minit.


Sila fokus kepada buah mangga ok, jangan fokus pada muka~



Mangga dalam plastik TESCO.

Finally.. dapatlah impian kami dipenuhi.. setelah bersusah payah mengendap pokok mangga, berkerja dalam gelap untuk mengutip buah, digigit semut dan nyamuk.

Sangat gembira bila mangga yang duk kat atas pokok, tetiba duk dalam pinggan depan mata kami malam tersebut. Dan yang lagi seronoknya, mangga tersebut dah masuk perut kami semua. Kami juga menjemput kawan-kawan yang lain untuk berparti dengan buah mangga tersebut.



Kami berparti dengan penuh kasih sayang kat rest room, and confirm isok makcik cleaner akan bising, n satu lagi hal, mesti mak cik cleaner berdendam dengan orang-orang yang curik buah mangga pujaan mereka semua.



Mohon maaf ye makcik semua, mangga makcik turut menjadi pujaan kami jua~

Nota Lutut: Baru satu paper lepas, bagaimana agaknya kalau semua paper dah lepas??