Wednesday, April 21, 2010

Kami berdansa di bawah pokok Mangga~

Hari pertama exam, tapi rasa macam da habis semua exam dah. Coz, aku fikir paper ni yang paling susah, so bila dah lepas, lega sangt-sangat rasanya. Bila habis exam, aku pergi hantar projek yang telah aku dedikasikan untuk MR. Teddy kepada lecture VRS 104. Sekarang tidak ada lagi benda-benda yang mengganggu fikiran aku. Semuanya telah selesai. Tapi, masih ada dua kertas lagi yang belum lepas.

Semasa on the way balik exam, semasa duk makan-makan kat kafe dengan Kerengga Hijau dan Hajaratun, tetiba jer kami bertiga terasa nak makan mempelam muda. Sedang berkira-kira nak kuar beli rojak buah , tetiba terlihatlah oleh kami sepohon pokok mangga kat belakang tempat tinggal kami. kami saling memandang antara satu sama lain, dan tetiba hajaratun berkata, “ Exam baru lepas satu jer ni, nak ke tak?”. Kerengga Hijau pula menjawab, “ Erm.. tempat ni kan tempat kita, aku rasa tak salah kot”.

Pada malamnya, berbekalkan plastic TESCO, Pakar pemanjat pokok dijemput hadir sama untuk menjayakan projek kami ini. Kami berempat tetiba berubah menjadi penyamun yang bertauliah. Seorang diatas pokok, dan selebihnya mengutip buah mangga kat bawah. Hasilnya, sangatlah berbaloi-baloi. Walupun begitu, pakar panjat pokok kami mengalami kecederaan digigit oleh semut yang kecil tetapi memberi kesan kegatalan yang agak lama.

Inilah hasil yang kami perolehi dalam masa 30 minit.


Sila fokus kepada buah mangga ok, jangan fokus pada muka~



Mangga dalam plastik TESCO.

Finally.. dapatlah impian kami dipenuhi.. setelah bersusah payah mengendap pokok mangga, berkerja dalam gelap untuk mengutip buah, digigit semut dan nyamuk.

Sangat gembira bila mangga yang duk kat atas pokok, tetiba duk dalam pinggan depan mata kami malam tersebut. Dan yang lagi seronoknya, mangga tersebut dah masuk perut kami semua. Kami juga menjemput kawan-kawan yang lain untuk berparti dengan buah mangga tersebut.



Kami berparti dengan penuh kasih sayang kat rest room, and confirm isok makcik cleaner akan bising, n satu lagi hal, mesti mak cik cleaner berdendam dengan orang-orang yang curik buah mangga pujaan mereka semua.



Mohon maaf ye makcik semua, mangga makcik turut menjadi pujaan kami jua~

Nota Lutut: Baru satu paper lepas, bagaimana agaknya kalau semua paper dah lepas??

No comments: