Saturday, April 10, 2010

JENDELA VS PINTU

Pada suatu hari Leha dan Abu bergaduh, gara-gara kerana Leha terlalu mengaktifkan diri dalam perbagai persatuan. Keadaan ini tidak menyenangkan Abu. Maka berlakulah pertengkaran yang hebat antara mereka.



Maka, Abu telah mengeluarkan kata-kata yang sangt berat untuk didengari, iaitu,, ‘jika engkau melangkah keluar ikut pintu depan rumah ini, maka jatuh lah talak keatas kamu Saleha’.
Leha terus terduduk kerana terkejut dengan kata-kata suaminya.

Keesokan harinya..
Abu terlihat Leha sedang sibuk minum-minum di starbucks dengan ahli-ahli persatuannya. Sedihlah abu tiada terkira, kerana saleha telah melanggar amarannya. Abu telah menghampiri leha dan bertanya bagaimana dia boleh melanggar kata-kata yang telah diucapkan oleh Abu semalam. Dan abu bertanya pada leha adakah leha sudah tidak sayangkan dirinya lagi sehingga sanggup melanggar arahannya..

Dengan tenang Leha menjawab, Leha tetap sayangkan abang, sebab itulah Leha keluar rumah ikut JENDELA.

Nota Lutut: Jadilah is3 yang bijak, bila dia melangkah ke kiri, kita kekanan..Lalalala.

No comments: