Thursday, April 15, 2010

TENGOK DAN FIKIR

Semasa turun dari bas, berkerut-kerut muka tak tahan sinaran matahari. Panas teruk hari ini, dalam hati menyesal coz tak bawa payung. Tapi aku tak pernah ada payung pun. Tetapi time panas macam ni baru lah teringin nak memiliki payung sendiri. Masa duk dalam bas, tak terasa sangat panas, coz ada aircond. Bayangkan macam mana panasnya time kul 3 tengahari, terpaksa jalan terkedek-tedek bawah terik matahari.



Semasa hati duk bercakap sorang-sorang, ‘apasal la aku tak bawak payung’, tetiba mata terpandang pada manusia-manusia yang sedang bekerja dibawah terik matahari. Terus hati diam tak terkata, mungkin sedang menginsafi, kerana aku hanya berjalan melenggang kangkung dibawah terik matahari, sedangkan ada orang lain sedang sibuk bekerja keras dibawah terik matahari. Peluh yang menbasahi baju mereka menggambarkan bahawa telah lama mereka sedang berjemur di bawah terik matahari. Tetiba simpati menjalar dalam hati, begitu hebat sekali ‘orang-orang’ ini. Dalam hati berkata lagi, ‘orang-orang ‘ ini hebat mungkin kerana ada orang yang hebat dibelakang mereka.



Aku tinggalkan mereka dengan hati yang insaf, sekali lagi aku lihat suasana yang berbeza, semasa aku membuang tin minuman dalam tong sampah, ada seorang budak perempuan datang mengutip tin tersebut. Sekali lagi aku berfikir, begitu hebat budak ini, kerana sudah pandai mencari rezeki walau dengan apa cara sekalipun. Tong sampah diselongkar oleh budak perempuan itu, dengan sebuah harapan agar mendapat apa yang dimahukan olehnya. Apabila beberapa tin ditemui, terlihat senyum yang tersembunyi disebalik keringat dan wajah comotnya. Tapi, masih terlihat jelas yang dirinya berpuas hati dengan hasil yang diperolehinya. Hati aku sungguh berbangga dengan si kecil itu, hatiku turut tersenyum untuk si kecil itu, tapi aku mengawal wajahku dari mengukir senyum. Aku tidak mahu si kecil itu perasan dirinya sedang diperhatikan dan berfikir bahawa aku sedang tersenyum atas kesusahannya.

Semasa aku sampai di hostel, aku Nampak makcik cleaner sibuk mencuci bilik air. Sekali lagi aku berfikir, ‘adakah aku mampu?’ untuk jadi seperti mereka semua.

Walau apa pun yang aku lihat, aku juga berbangga kerana aku dibesarkan oleh anak petani. Seorang ibu tunggal yang hanya berkerjaya sebagai petani. Tapi, ‘berkerjaya’ kah seorang petani? Petani juga melalui terik sinar matahari. Keringat membasahi baju, diawal pagi dan lewat petang hanyalah sebagai petani.

Tiada abjad yang diketahui, usahkan untuk membaca. Yang ketahui hanyalah, memberi pendidikan untuk anak-anaknya. Biarpun diri sendiri tak tahu membaca, anak-anak dipaksa untuk belajar, yang keluar dari mulutnya hanyalah, ‘pergi membaca,pergi membaca’. “ Kamu besar esok-esok nak jadi petani macam mak ke?”.



Semasa aku membuat homework, sendiri buat la, tak pernah ada yang bantu. Bukan seperti budak-budak zaman sekarang. dibantu oleh mak n bapa, pergi extra class lagi, panggil cikgu mengajar kat umah lagi. Zaman aku dulu, semuanya sendiri.

Apa-apa pun, yang paling aku bangga, walaupun mak aku tak pandai membaca, aku pandai membaca. Itu, tandanya… Mak aku adalah seorang ibu yang Berjaya.



Nota Kaki: Berbangga lah walau siapa anda masa dahulu, n sape anda pada masa sekarang!

No comments: