Monday, May 31, 2010

Luasnya bahasa cinta~

Tersungkur dalam kemanisan cinta. Kerana kasih, dibiarkan rindu itu bertamu, walaupun yang ada hanyalah kerinduan dalam sepi. Kerinduan mengulit rasa cinta, Menebar rasa dalam sekosong rasa hati. Cinta itu dimiliki, namun mengapa harus sepi yang merantai hati..mengapa sepi yang bertamu??

Cinta tak seharusnya memerlukan dia sentiasa disisi . Cinta tidak memerlukan dia sentiasa mengungkap kata manis.



Nota hati: Cinta tak perlu dituturkan , kerna bahasa cinta itu luas!

Friday, May 28, 2010

Hati yang terpilih~

Jangan bersedih bila hati kamu disakiti atau dilukai. Jangan meratap andai kamu ditinggalkan. Jangan menyalahkan dirinya andai kamu terdiam sepi. Kuatkan hatimu wahai insan yang hatinya telah terpilih untuk diuji oleh yang maha kuasa. Banggalah pada dirimu..kerana punyai hati yang kuat dan setabah hati yang kamu miliki. Bukan aku tidak tahu, betapa perit andai ditinggalkan..betapa perit andai ditipu.. betapa sakit andai hati kamu disakiti. Tapi yakinlah, bahawa hati kamu sangat bertuah, kerana terpilih untuk diuji oleh allah.

Allah tidak akan menguji hati-hati yang lemah. Ketahuilah oleh kamu.. hati kamu sangat hebat sehingga mampu untuk bertahan dan melalui ujian yang maha kuasa. Ketahui juga, Allah menguji mengikut kemampuan hamba-Nya.

Cinta bukan tercipta hanya untuk bahagia semata-mata!

Tuesday, May 25, 2010

TOGETHER~

LET ME KNOW~~
.
.
.
.
.
.
.
OR.
.
.
.
.
.



LET ME GO??

ExaM Vs Result~

Dulu penat-penat aku duk pikir sal exam..sekarang risau tentang result plak.. apa2 pun mintaknya berjaya..ekekek. Ari ni result lulus or tak lulus dah keluar, alhamdulillah semuanya aku ulus.. Kena tunggu 8 aibulan 6 pulak yang sebenar-benarnya akan keluar. Mintak-mintak semuanya akan baik-baik saja~

Nota Hati: Harapnya hatiku jua baik-baik saja~

Nota Kaki: Saya seorang yang cekal~lalallal

Monday, May 24, 2010

Aku sedang berdendam~

Seharian aku bekerja keras, kena merempit ok~ Kena g anta n ambik anak buah aku sekolah. Aku tak kesah sangat sebenarnya. Tapi aku sangat marah bila ada yang duk mengejek aku. Mentang-mentang la aku merempit.

Dah la asyik duk depan mata aku, ciap duk menjeling manja n mengejek aku lagi. Xpe-xpe… ciap la kau nanti..aku akan kerjakan kau suatu ari nanti!
Xder nye kau akan menjeling mengejek aku lagi..muahahha. Aku akn pastikan kau akan menderita!
....


...



.....
Berdosakah aku?? Berdosakah aku kerana dengki dan berdendam??

Aku harap aku tak berdosa kerana dengki dengan kereta yang sedang berlagak depan umah aku nih..! nanti la kau kereta, bila aku dah ada lesen and pandai bawak keta, ciap la ko nanti! Muahahahha..nantikan saat pembalasannya.

Habis duwet or Dosa?~

Ari ni, akak aku baru kuar ward. Ada jiran-jiran Tanya pergi mana dua tiga hari tak Nampak muka. Akak jawab pergi berehat kat hotel.
Selepas dua minggu asyik sakit-sakit perot, dua tiga hari lepas baru tahu ada batu dalam ginjal. So,2 hari lepas dah wat pembedahan and, hari ni dah makin sihat.
Bukan lama pown duk berehat kat hotel tu, 3 ari jer.. tapi kena bayar lebih dari 10k.muahahahha.

Bila jiran Tanya, kenapa tak g kat hospital kerajaan saje??
Akak jawab xmo menambah dosa~. ‘ kalau saye g hospital biasa, mesti semua ayat sumpah seranah akan kuar dari mulut saya’. Kenapa?? Jiran wat muka pelik. Nak tunggu masuk ward=3 jam, nak tunggu x-ray=3 jam, nak tgu doctor sampai=3 jam.. erm..konpom banyak ayat sumpah seranah akan kuar. Orang sakit ni, time sakit perlukan layanan yang baik.

Nota kaki: Tapi bukan semua tempat macam tu 0k~. tapi betol ker, orang kata..nurse yang tua2 nih garang?? Ekekekk..bukan saya kata ok,,orang lain yang kata..! muahahha. Sorie mak cik nurse. Selalu jer aku dengar orang yang dah bersalin cakap, nurse garang!

Saturday, May 22, 2010

Bahasa Indah Uda dan Dara~

Ada siapa-siapa yang mahu belajar bahasa tidak puas hati dengan aku? Antara perkataan yang aku tahu n ‘aku selalu guna’. Muahahhaha.


Antaranya ialah:


K

Ye La..

Erm..

Ye la tue..

Dah..

Ye ek?

Ek?

Eh?

Oooo…

Patut la..

Tak mo..

Tah…

Tak..

Tahu..

Saya tahu..

Len kali..

Makasih..

Xper.

Eleh..

Take your time..

I’m 0k~

Dear= Awak

Dear= Kamoo

Saya tak kesah.

Jangan risau~


Nota Hati: aku selalu guna perkataan nih bila tak puas ati, n mesti korang pon sama ugak kan?..lalallala. Dalam msg only!

Friday, May 21, 2010

Report Kehilangan Cik Saleha~

Early mowning, cik saleha buat report.

Dia cakap dia g sana la..dia g sinun la….blaa..bla..bla…!

Firstly, bila dengar je suara cik saleha, rasa macam sebak, coz..rupanya ada lagi cik saleha. Ingatkan dia jatuh longkang or dia tersadai tepi jalan. Syukurlah, coz dia selamat and tiada apa2 yang buruk berlaku terhadap cik saleha.

Secondly, geram dengan dengan cik saleha!

Apa-apa pun aku seorang yang penyabar 0k~


Geram…


Geram..


Geram….


Geram….




AKU GERAM KAMU CIK SALEHA…AKU MAHU KAMOO TAHU!





Kenapa begitu owh saleha!

Aduhai saleha..~


NOTA Kaki: Tanpa ‘Aduhai saleha. Pincanglah lagu dolah yang bernama Mawi itu’.

Aduhai Aspalela~

Kenapa yea, semalam aku telah bermimpi yang CIK SALEHA akan pergi jauh. Bila aku bangun tido, terasa nak tanya jer cik saleha, yang dia nak pergi mana hari ni, tapi..tetiba jer rasa malas nak Tanya.

Sekarang..aku tak tau kemana cik saleha telah pergi!!! Bila aku kol dia, tunang dia yang tak bertauliah telah menjawab panggilan aku.

Macam sama dengan yang aku mimpikan jer.. xper la, harap cik saleha tahu jalan pulang.

Lela..lela..ohh..aspalela.., opss…silap..bukan lela tapi saleha! Aduh SALEHA..kemana kau pergi?

Thursday, May 20, 2010

Tekanan Darahku meningkat!

Ada orang berebut ‘benda’ depan aku ari nih! Sorang darjah enam, sorang umur 6 tahun. And ada orang yang telah melanggar perjanjian. Dia jnji xmo guna lagi foul language, tapi die guna!

Kesannya, benda yang mereka duk berebut-berebut itu dah berada di atas tanah. Tetiba jer benda itu melompat keluar ikot jendela. Benda itu melompat keluar dengan adanya bantuan tangan kiriku!

Benda yang mereka mereka duk berebut-berebut itu adalah ‘sebijik termos percuma’ daripada MILO!

Padan muka kamu semua!!

Aku sangat geram, entah la.. macam mana keadaan termos itu, ia masih tergolek di atas tanah, mungkin jugak pecah ataupun pemegangnya akan patah. Aku hanya mengintai melalui jendela. Mungkin juga sedang nazak keadaannya.

Bangau Owh..Bangau..!




Bangun pagi-pagi tengok atas meja makan..

Tengok-tengok da ada bekpes yang dah tersedia..

Gosok-gosok mata, gosok-gosok gigi terus makan!

Ciap makan, letak piggang dalam sinki..

Basuh tangan and g carik kawan!

Bila suruh membaca ‘ akak malas’!

Ayat yang paling aku geram!

Bila aja aku dengar ayat tuh,

Semangat aku untuk berlatih lumba lari terus meningkat!

Tugas untuk berlumba lari telah aku sandang sejak aku balik kampung sejak dua menjak ni!

Nenek dan ummi dia dah tak larat nak kejar ‘akak’!

Aku tak kesah sandang jawatan itu,

Coz dapat jugak aku wat senaman untuk menurunkan berat badan aku yang makin meningkat nih!


Nota kaki: bangau ohh bangau kenapa engkau gemok~

Wednesday, May 19, 2010

Perjanjian sulit bibik datin zainab~



Cuti- cuti dikampung.

Sangat penat menjadi bibik. Huhuhu. Tapi yang penting enjoy. Tak perlu mengadap buku lagi. Berbezanya duk kat kampong, kena mengadap periuk dan kuali sokmo 0k~ sibuk dikampung sehingga telah lama aku tidak menjenguk ‘sarang semut merah ini’.
Balik kat kampong, terus buat perjanjian dengan anak buah aku, siap wat surat itam putih lagi. Ekekek.biasala kan cikgu yang Berjaya. Ekeke. Antara isi kandugan surat perjanjian


1. Akak tak akan melawan kata ummi dan mek.
2. No foul language!
3. Semua arahan ‘sue’ akan akak ikut.










4. Akak tak perlu menjaga adik!
Inilah isi perjanjian antara aku dan anak buah. Muahahah.
Siapa yang melanggar janji akan ditarik segala kemudahan yang diberikan. Termasuklah bermain games, handset, mp4 dan SEBAGAINYA.
Eekekkek, padan muka anak buah aku!

Dan padan muka aku juga, sebab terpaksa menjadi bibik di rumah datin hajah zainab! Ekekek.
Opsss~ bukan datin yea, ‘lalallalalal’.

nota kaki: walaupun bz, saya masih lagi ada perasaan rindu buat kamoo 0k~ lalalla.
(harap kamu jumpa sarang semut merah ini,ekekke).

Sunday, May 9, 2010

Berangan Itu Indah~

Mesti seronok kan kalau dapat sesuatu dari orang yang kita sayang..ermm (marilah kita bersama-sama berangan-angan..ekekkekek).

Tambahan dalam suasana dan keadaan yang kita tak harapkan apa-apa dari dia.
Kalau kita nak bagi sesuatu kat seseorang, biarlah bukan dalam keadaan terpaksa, harga tidak menjadi ukuran, yang penting..ikhlas..mempunyai makna, dan mempunyai nilai tersurat yang tersendiri.

Sesuatu benda yang kita beri kepada seseorang itu, semestinya ada makna untuk diri kita.. kita memberi kepadanya,adalah supaya dia memahami maksud yang terpendam yang ada dalam hati kita.

Katakanlah..

Aku ada benda ni..( katakanlah ye....)


Ingt ye..ini hanya ‘katakanlah’ aku ada benda ni..~
ini gamba contoh yea.


Aku mahu berikan yang permata merah dan ada reben kepada dia, and yang biru tu aku nak simpan untuk diri aku..
Ini bermaksud, aku mahu dia selalu ingat aku. Aku mahu dia tahu, aku selalu pegang dia, walau pon kecik, boley aku gengam-gengam.. Bila aku dah gengam..maknanya, dia akan duk dalam tapak tangan aku la. Dan bila dah duk dalam tapak tangan aku.. maknanye aku tak pernah lupa dia.

( Jangan pandang ‘gift’ yang aku nak beri ni mainan budak-budaak ok~ hahahhah).


Tapi.. kalau asyik duk dalam gengam sokmo, mesti dia akan lemas gak kan??.. bila dah lemas..mcm ni la jadinya… Ni maknanya Hye Hye Bye Bye la. Ekekekek.


.............
..............
.........






.....



........




..........








.......




......

Tapi..’katakanlah aku dapat benda ni.. apa harus aku buat..??


Ini pun gambaran 'contoh' yea~



Tak kira la dia beli kat mana, berapa harga pun.. Yang penting Mesti la aku akan rasa sonok! Lalalallal.

Tengok..tengok..cantik kan?? wooow!

Katakanlah semua tu betol-betol berlaku..

mestilah aku akan kata :


" makasih DEAR! i LUV u more~ " *wiNk..*wiNk~

Nota Kaki: Firstly..aku nak tergelak..(hahahhahah). Apa sahaja yang ditulis ini adalah angan semata-semata, tidak berkaitan dengan mana-mana pihak. Gamba-gamba juga, hanyalah lakonan semata-semata. Lalalallala~ wInK*

Saturday, May 8, 2010

Cemburu itu Senaman Hati untuk Kesegaran Cinta~


Bilakah masanya kamoo-kamoo semua mengalami cemburu yang melampau terhadap ‘chenta’ kamo??

Saat berjauhan?

Ketika ‘dia’ jadi perhatian uda-uda dan dara-dara?

Sewaktu dia dapat kerja?

Sewaktu dia naik pangkat dan ramai peminat?

Atau sewaktu ‘dia’ berubah dari segi penampilan imej?

Atau sewaktu ‘dia’ mula tak peduli akan kamo?



Ini jenis-jenis cemburu yang aku ada 0k~


Aku cemburu bila aku kol ‘dia’ pukul 3 pagi tapi ..panggilan ‘waiting’~!

Aku cemburu bila, kawan lelaki yang paling rapat dengan aku dah mula ada awek~ ehhe~

Aku cemburu bila abang aku nak kawen dulu~ ghee..

Aku cemburu bila ‘dia’ ada perempuan simpanan” hahahhaha.

Aku cemburu bila ‘dia’ beli baju untuk die sorang jer~lalallala.



Apa-apa pun, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Cemburu itu ada yang disukai Allah dan ada yang dibenci-Nya. Yang disukai-Nya ialah cemburu di dalam keraguan dan yang dibenci-Nya ialah cemburu yang tidak dalam keraguan.” (Hadis riwayat Abu Daud).


Cemburu dalam keraguan bermaksud : Hanya menyangka dan masih percaya kebaikan pada pasangannya. Cemburu yang tidak dalam keraguan pula bermaksud tuduhan melulu tanpa fakta~



...........

.........

.......

.....



..






......


..

























Saye sangat cemburu dengan orang ini, sebab dia sangat kacak...! ( Lari tajuk plak..!)


Nota Kaki: Pernah ker aku cemburu?? ekekkeke~


Agak-agak kalau aku cemburu...orang tu KESAH tak?? wwuhuuu~

Friday, May 7, 2010

Gemok-gemok dan putus-putus~


Nampak besh tak laksa kat atas tue??

Laksa ni aku yang masak 0k~. Mak aku macam taw-taw jer aku mengidam nak makan laksa. So, dia beli laksa, and aku pula yang kena masak kuah laksa. Macam besh kan?? Memang betol-betol besh la..ekekek.

Aku suka makan laksa kat Kelantan bcoz, laksa kat Kelantan lebih berseni ok~

Laksa kat Kelantan xder la

besar-besar

liat-liat

gemuk-gemuk macam kat penang,

dah la gemuk-gemuk

putus-putus lak tu.



Laksa kat kelantan,

slim-slim je,

Panjang-panjang lak tu..

And tak liat-liat 0k~


Nota Kaki: Mesti la laksa Kelantan best, sebab bukan laksa segera!

Ketam oh ketam~

Sape yang berani cakap aku tak pandai masak?? Sila angkat kaki masing-masing 0k~
meh la kamo semua join kelas memasak Cikgu Semut Merah.ehehe.. 0k~ari ni kita masak ketam masak merah yea. Firstly.. kita uruskan KETAM yea.


Oleh kerana aku tak berapa pandai nak uruskan ketam, aku Tanya la mak, mcm mana nak bersih ketam.. mak aku diam jer, dia cakap dah besar-besar pon tak taw lagi ke?? Esok lusa dah nak kawen pon tak tahu lagi ker nak wat benda tue? Aku pon berusaha sendirik je la..


Tengok…! Kan dah bogel ketam tue aku kerjakan.. Sape suh mak berlagak n tak mo bagitau nak buat macam mana…~ Habis ketam-ketam tu aku cabul tanpa belas kasihan! Aku sangat-sangat puas ati..muahahha.


Eleh..senang jer nak masak ketam masak merah ni.. kacang jer.. kisar bawang merah,bawang puteh, halia, cili, dan lain-lain bahan, panaskan kuali, tumis bahan-bahan tu semua..and masukkan gula, garam, and ajinomoto sekucup rasa.. mesti menjadi punyer ketam masak merah. Tapi kalau korang menumis bahan-bahan tadi guna minyak DIESEL,konpom tak jadi la ketam masak merah korang,lalallalal..~**~


Tengok! Menjadi tak..?lalalla..see da leg la~


Tak sabar nak tunggu anak buah balik sekolah, nak suh die rasa… tetiba bila dia dah rasa,


Anak Buah:“ Sue, sedap tom yam ketam sue masak”..


Aku: Erkkk?? Aku masak Tom Yam ker? Bukan ker aku masak ketam masak merah! Anak buahku bikin aku konpius~~

Nota Kaki: Tak boleh terima bila anak buah cakap aku masak tom yam ketam!

Thursday, May 6, 2010

Saya bukan balik kampung untuk KAHWIN 0k~

Orang lain sedang sebok duk berkawan rapat dengan BUKU, aku pula sibuk-sibuk balik kampung. Tetiba jadi tak sedar diri nak balik kampung,sedangkan time tu exam satu paper tak lepas lagi. Kebetulan aku balik kampung, orang kat umah sebok-sebok pula nak wat family day. Aku pon join dua kaki la. Lokasi pilihan ialah pantai Tok Bali~ Duk bermalam kat sana semalam sahaja. Semasa duk kat sana, banyak kenangan yang dirakam oleh aku..ekekeke.


yASMiN yang sangat gojes~ 'mcm cantik jer pic ni, xde edit2 ok~'


Ini pula Najmi yang sangat KaCak~" men air 10 minit terus nek, nak suh saye setting rambut die, penat!. tecik2 dah pandai ngada2..



~patut la asyik suh setting rambut, ada sebab yer...?~



lelong~ lelong~ sedang asyik men air, tetiba ada orang lelong seluar lak, ekekeek~ xkan main air sampai tertanggal seluar..ekekeek~


ini i'In Yang sangt Seksi oK~



InI Mama yang mampu kuarkan api melalui muLuT OK~bILA mama cakap, kamoo jangan kerja kilang time cuti ni..so,saya pun menurut perintah la.! Mama saye maknanye sister saya yea~*mama cakap die dah makin slim,tapi slim ker mcm tu ek??*


Ni plak uMMi yea, malu2 pula uMMI ni YEA.huhuhu.


teng0k, kacak tak Yasmin?? ekekekkeke~



~ni pula time BBQ malam tue..~ adik I'in makan sampai tertidow!dah la tido kat bangku~





~mowning2 lagi dah men sukan~



bergaya tak emak saye..ekekekek~



tengok! sampai sekarang ada jer benda kat tangan mak saya, itu adalah untuk anak2 sedara saya ok~ bukan untuk saya lagi. sape degil kena la..muahahaha. Zaman untuk saya dah berlalu. zaman saya GETAH PAIP jer..ekekekke.

Lepas men sukan and mandi untuk kali terakhir, kami semua berangkat pulang pada petang esok nya.





erm........mana bley ni..gamba aku xder..ekekek. mana aci!

Inilah aku ..yang telah diedit secukup rasa, dan ditambah ajinomoto skali..


eh..ada lagi..yang ni dah ditambah sos tiram dan halia,."tapi bukan ayam masak halia 0k~"

nota hati: i luv my family.

nota kaki: Ini adalah bukti untuk orang yang telah memfitnah saya balik ke kampung untuk kawen. " Saya belum kawen 0k~"