Friday, May 28, 2010

Hati yang terpilih~

Jangan bersedih bila hati kamu disakiti atau dilukai. Jangan meratap andai kamu ditinggalkan. Jangan menyalahkan dirinya andai kamu terdiam sepi. Kuatkan hatimu wahai insan yang hatinya telah terpilih untuk diuji oleh yang maha kuasa. Banggalah pada dirimu..kerana punyai hati yang kuat dan setabah hati yang kamu miliki. Bukan aku tidak tahu, betapa perit andai ditinggalkan..betapa perit andai ditipu.. betapa sakit andai hati kamu disakiti. Tapi yakinlah, bahawa hati kamu sangat bertuah, kerana terpilih untuk diuji oleh allah.

Allah tidak akan menguji hati-hati yang lemah. Ketahuilah oleh kamu.. hati kamu sangat hebat sehingga mampu untuk bertahan dan melalui ujian yang maha kuasa. Ketahui juga, Allah menguji mengikut kemampuan hamba-Nya.

Cinta bukan tercipta hanya untuk bahagia semata-mata!

No comments: