Tuesday, April 27, 2010

Warkah buat Kamoo~

Tak banyak yang saya mahu pesan dan kata .. Cuma ini sahaja ye~


When you have to look away
When you dont have much to say
Thats when I love you
I love you, just that way
To hear you stumble when you speak
Or see you walk with two left feet
Thats when I love you
I love you, endlessly
And when your mad cuz you lost a game
Forget Im waiting in the rain
Baby i love you,
I love you anyway
Heres my promise made tonight
You can count "on" me for life
Thats when i love you
When nothing you do can change my mind
The more I learn, The more I love
The more my heart cant get enough
Thats when I love you, no matter what
So when you turn to hide your eyes
Cause the movie it made you cry
Thats when I love you
I love you a little more each time
And when you cant quite match your clothes
Or when you laugh at your own jokes
Thats when I love you
I love you, more than youll know
And when you forget that we had a date
Or that look that you get when you show up late
Baby I love you, I love you anyway
Heres my promise made tonight
You can count "on" me for life
Thats when i love you
When nothing you do can change my mind
The more I learn, The more I love
The more my heart cant get enough
Thats when I love you,
When I love you no matter what
Thats when I love you
When nothing baby
Nothing you do could change my mind
The more I learn, The more I love
The more my heart cant get enough
Thats when I love you,
When I love you no matter what
No matter what

Nota hati: Kenapa saya jadi JIWANG nih..ekekekek~ mungkin sebab saya geram!

Nota Kaki:Saya mahu pergi Lebih lama dari kaMOO! Jaga diri yea~

Baik-baik Sayang~

Saya terpaksa meninggalkan kamu seminggu ini.
Kamu jangan majuk-majuk. Saya tinggalkan kamu sekejap sahaja, kamu jangan risau ye, saya dah amanahkan kamu kepada kawan saya.
Dia akan menjaga kamu sepanjang ketiadaan saya.
Kamu jangan buat hal bila kawan saya ambil berat akan kamu.
Kamu juga jangan nak merajuk bila dia mahu meminta tolong dari kamu ye.. kamu jangan merajuk seperti kamu selalu tunjukkan depan saya.
Saya xmo kamu pejam-pejamkan mata kamu dan kamu juga jangan membisu bila mereka mahu kamu bercakap atau menyanyi.
Kalau kamu degil, saya majuk dengan Kamu~


Nota Hati: Saya Sayang kamu~

Nota Kaki: Kamu ingat yer Merah~ segala pesanan saya.

Sunday, April 25, 2010

Maaf bila saya jadi SOMBONG~



Bila kamu rasa saya makin sombong, mungkin itu BETOL. Bila saya rasa perhubungan itu tidak akan berkesudahan, perlu untuk saya sombongkan diri,perlu untuk saya jauhkan diri dari kamoo! Saya tidak mahu melihat saya sedih dan SENDIRI ditinggalkan. Jika kamu rasa kamu hadir dalam hidup saya sekadar untuk menanti waktu dan hari untuk meninggalkan saya, please…stay away from me OK~.. Jangan kamoo cuba-cuba dekat dengan saya jika berniat untuk pergi dari hidup saya!

Saya jenis tak suka ditinggalkan bila saya dah mesra dan rapat dengan seseorang! Sometimes, u get a second chance, but..dengan saya sori la ye… tapi lau orang tu saya betol-betol tak boleh lupa. Tu kira kesah len ok! Ehhe.

Bila kamu dah nak pergi dari saya, xkan la saya nak kata.. don’t go, u will die!Tak adanya saya nak kejar n bunuh kamoo, N tak kan la saya nak merayu-rayu suh stay close dgn saya~ xder maknanya saya nak cakap mcm tu..apa yang saya akan cakap ialah, I’m ok~.

Nota Hati: Bila kamoo mahu pergi dari idup saya, tolong pergi perlahan-lahan yer, jgn sampai saya terperasan. etc: merangkak or mengengsot ye~.

Nota Kaki: Jiwang sikit mlm ni..ekekekke~

Saturday, April 24, 2010

Kaki Aku Mengajak Aku berdansa Lagi~

Lepas magrib, saya siap-siap untuk keluar dengan kawan saya. Saya rasa macam nak makan KFC. Saya pun merancang la untuk makan KFC dengan kawan saya kat Padang Kota. Semasa menunggu kawan saya berciap-ciap, saya pun berperasanlah seorang diri.


~Dan inilah hasilnya~ harap semua tak kesah yer..!

Malam ni saya pakai baju warna pink, maklum la,,saya ini kan ‘hanya semut merah’. Sebenarnya saya tak biasa pakai baju warna pink, tapi sejak dua menjak ni, tetiba berkenan kat warna pink dan merah. Jadi, saya pun balun la warna pink malam ni.

Sampai kat Padang Kota, duk lepak-lepak jap, dan kami menjamu selera dengan penuh perasaan. KFC entah kemana, yang ada hanyalah ini. Sayu rasanya~hati kecilku menangis!



Duk melihat-lihat, ramai jer kupu-kupu and rama duk bertenggek kat benteng malam ni, pelik jer rasanya,. Rupa-rupanya malam ni malam minggu, patutlah banyak kupu-kupu and rama-rama. Cantik jugak pemandangan kat sini bila malam-malam, banyak lampu!
Tetiba rasa nak bergamba pulak, macam cantik jer suasana malam ni. Terus la saya bergambar. Ok-ok ..jum lihat gamba saya yang gojes berbaju pink malam ini~ehehehehh~
Inilah gamba saye.

~ opss..sori, hanya ini yang muat dalam encet saya… gamba kaki jer~lalallalal

Tetiba rasa lapar.. kami pergi la makan kat tepi pantai, ramai orang betol! Makan ikan siakap bakar. Ekekke~ xmo dengki-dengki yer semua, muahahaha!


Sedang duk makan-makan, Nampak la bebudak belasan tahun duk layan SISHA, lebih-lebih betol bebudak nih, aku pun curik-curik tangkap gamba mereka. Sajer..nak wat koleksi gamba mereka! Kot yer pon nak melayan Shisha, wat biasa2 dah la, xpayah la sampai terdongak-dongak!



Nota Kaki: Marilah kiter bersama-sama berdansa~

Thursday, April 22, 2010

Pesanan buat bakal menantu Emak saya~



Best jugak bangun awal-awal morning, dapat dengar burung sedang setting suara masing-masing. Macam-macam suara burung boleh dengar. Sebijik rasa macam duk kat kampung. Cuma yang tidak ada kat sini hanyalah kokokan ayam sahaja. Bercakap pasal ayam berkokok, teringan zaman kecik-kecik, seronok bila bangun pagi-pagi dengar ayam berkokok, tambah-tambah kalau hari tu hari raya puasa. Bagi aku lah, bila pagi raya dengar ayam jantan berkokok, akan timbul perasaan lain macam jer, ia ada feel tersendiri.

Masa kecik-kecik, aku suka tido awal pada malam raya. Walaupun orang lain sibuk duk main main mercun dan main pelita, aku masuk tido jugak. Coz aku nak cepat-cepat malam jadi pagi, nak raya cepat-cepat. Bagi aku, raya zaman kanak-kanak sangat seronok dan meriah. Kemeriahan untuk menyambut hari raya betul-betul dirasai dan sampai sekarang aku ingati dan seboleh-bolehnya aku tidak mahu lupakan.


Part yang aku paling seronok ialah tolong akak-akak buat biscuit raya, suka and seronok giler bila dapat wat kueh raya yang macam-macam bentuk and warna. Rasa tak kesah, janji bentuk dan warna lain-lain ok. ~ekeke. Tapi takde nya mereka nak buat kueh mueh depan aku, confirm mereka akan buat time aku dah tido ataupun time sahur. Zaman tu, zaman berlumba-lumba nak buat kueh raya dengan jiran-jiran, almaklumlah akak-akak tengah muda remaja, masing-masing nak tunjuk bakat tersendiri.

Jangan cakap saya melucah ok~ saya google jer, tetiba jumpa biskut seksi nih~ muahahha!

Benda yang paling kelakar sampai sekarang aku tak boleh lupa ialah, baju raya merupakan benda yang paling sensetive untuk dipamerkan. Bila kawan-kawan Tanya, ‘baju raya kamo warna ape?’. Aku cakap baju aku warna merah , walaupun baju sebenar berwarna hijau. Punyalah aku berahsia bab-bab baju raya nih. Ish..mana boleh bagitau orang baju raya kita warna apa, nanti orang tiru. So kena tipu-tipu la, ekekke~. Lagi satu, pernah aku nangis-nangis sebab baju raya. Isok nak raya , hari buat ketupat baru siap baju raya aku.

Bab lambat siap aku tak kisah pun, coz mak aku sendiri yang jahit baju raya untuk aku dan akak-akak. Tapi yang jadi masalah dan buat aku nangis-nagis ialah.. akak aku basuh baju raya aku, dan sidai kat luar umah. Kebetulan pulak time duk sidai tu, kawan-kawan aku datang untuk main kat umah aku. Aku pun nangis la, mereka tengok baju raya aku. Baju raya masa aku kecik-kecik dulu benda yang paling sensitive taw, mana boley tunjuk-tunjuk kat orang. Nak cuci sebelum pakai pun, kena sidai dalam umah, tak nak orang nampak nanti bila orang nampak, dah tak gempak lagi rasanya.

Oleh kerana aku tido awal time malam raya, aku akan terjaga awal la pagi raya. Pukul 5 pagi aku dah terjaga, tapi tak de sape yang bangun pun time tu. Aku kejut la mak aku bangun, mak aku cakap awal lagi, aku sambung la tido balik, tapi..takdenya aku boleh tido…duk fikir macam-macam time tu, tak sabar nak pakai baju raya, dan duk fikir destinasi mana yang perlu pergi kutip duit raya.


Bila dah kul 6.30 pagi, tak perlu sape-sape pun paksa aku mandi and pakai baju raya. Semua aku akan buat sendiri. Lau hari sekolah biasa, mintak maaf la ye.. muahahahha~ Bila dengar jer tasbih hari raya, terus terasa gembira dan pilu.

zAMAN DAH BESAR AND GOJES~ EKEKEKKE


Bila dah besar ni, susah nak cakap gembira or tidak. Bagi aku raya sudah hilang meriahnya. Perkara utama yang buat aku rasa macam tu ialah, semua akak dan abang dah tawen. Time malam raya tingal aku sorang jer duk kat umah. Semua benda aku kena buat sendiri, buat kkuih raya sorang-sorang ok~ . mereka dah ada nak pinak, tak sempatnye nak tolong-tolong aku. Lagipun mereka semua duk jauh-jauh semuanya. Balik pun dah semput-semput nak raya dah. Yang tinggal hanya aku ajelah kat umah. Kecian ugak kat mak bila time macam ni. Tapi, sekurang-kurangnya aku masih ada untuk menemani mak. Pernah jer malam raya, aku dengan mak yang ada kat umah . Akak-akak dan abang semua balik umah mertua. Xbest langsung rasa, langsung tak meriah. Aku saja-saja nak wat meriah, aku kuarkan semua kasut yang ada, dan aku susun kat luar umah, aku pasang lagu kuat-kuat, and aku lompat dalam umah sorang-sorang~ Mak aku Tanya, nape duk melompat-lompat nih, aku terus jer jawab, ‘Nak suh rasa meriah”. Mak wat tak kesah jerk at aku. Die pun faham kot, betapa tak besh nya aku raya sorang-sorang!

Time nak kemas umah, semuanya aku kena buat, xder nye jiran aku nak tolong datang kemaskan and tolong aku. Akak-akak aku lagilah tak boleh nak mimpi kat mereka semua. Balik pun dah dekat raya, usahkan nak tolong aku. Semua benda aku buat sendiri, dari halaman luar umah sampai lah kat sekecik-kecik ruang dalam umah aku kena kemas, iaitu bilik air. Penat betol la. Akak dan abang balik semua dah beres dah. Untungkan mereka??

Time malam raya pulak jangan bermimpi la pukul 9 dah boleh tido. Sekurang-kurangnya pukul 3 pagi baru aku boleh tido. Kena buat macam-macam, dah la seorang diri. Tapi, mak kadang-kadang teman jugak aku wat kejer, tapi aku akan paksa mak aku tido ugak. Mungkin mak pon kecian tengok aku sorang-sorang wat kejer. Tapi, aku lagi kecian tengok mak aku, aku faham perasaan mak aku, mesti mak aku sedih sebab keadaan dulu dan sekarang dah berubah. Raya dulu-dulu akan dikelilngi oleh anak-anak. Tapi, bila anak-anak dah besar, keadaan semuanya berubah. Tetapi, walau bagaimana pun, setiap orang ada tanggungjawab masing-masing. Mak aku pun faham bahawa akak a pun punyai tanggungjawab tersendiri. Bila dah bersuami, mereka ada tanggungjawab pada suami masing-masing.

Bab makan-makan pun aku kena uruskan jugak, menu untuk pagi dan tengah hari raya. Erm..ingat sennag ker jadi anak paling last nih. Bila hari wat ketupat, saya lah bibik, sayalah tarzan. Kena buat macam-macam, kena sediakan santan untuk ketupat, bungkus ketupat, rebus ketupat dan macam jenis kerja lagi. Lau zaman kecik-kecik dulu, confirm time ni aku duk tengok cerita kat tv, yang rosyam nor berlakon sambil makan pulut dengan air milo. ~opss, hari buat ketupat aku selalu mohon cuti puasa dengan mak, coz tak tahan dengan godaan makanan yang ada~



Semuanya dah berubah sekarang ni, keadaan pun dah berubah jugak. Tapi yang masih belum berubahnya ialah ,tiap kali nak bangun sahur, mak mesti kejutkan aku, dan paksa aku bangun makan. Bila mak kejut, aku kan jawab, “ye, dah bangun ni”. Mak terus la diam, aku pun bangun la, pergi bilik air, cuci muka dan seangkatan dengannya. Terus pergi kat meja makan, ambik pinggan, ambik lauk.. dan time nak suapkan nasik kat mulut, tetiba aku mendengar lagi satu jeritan yang buat aku terkejut. “SEMUT MERAH, bila nak bangun tido, sahur dah nak abes waktu ni, bangun cepat”. Owh..baru aku sedar rupanya-rupanya aku masih tergolek atas katil. Rupanya yang aku g bilik air, ambik pinggan semuanya mimpi semata-mata.

Ini hanyalah secarik dari segala pengalaman hidup, banyak lagi benda-benda yang harus dilalui dan ditempuhi. Kadang-kadang ada pahit dan kadang-kadang ada manis.

Nota kaki: Ehem..kepada siapa-siapa yang BAKAL menjadi menantu emak saya. Saya nak bagitaw awak..saya mahu beraya dengan emak saya sokmo~. Harap awak tak kesah ok! Ekkekeek~

Wednesday, April 21, 2010

My RED flag list..


  1. All I need is the right man, and this will fix my life.
  2. If it is really true love, he will know what I want without me having to say or ask him.
  3. He will be totally loving and totally attentive, yet always remain mysterious and an exciting enigma to me.
  4. He needs to be better and smarter than me, in every way.
  5. He will call all the shots and make all the right moves, and never get it wrong.

Nota Kaki: No 2 yang paling penting OK~

Kami berdansa di bawah pokok Mangga~

Hari pertama exam, tapi rasa macam da habis semua exam dah. Coz, aku fikir paper ni yang paling susah, so bila dah lepas, lega sangt-sangat rasanya. Bila habis exam, aku pergi hantar projek yang telah aku dedikasikan untuk MR. Teddy kepada lecture VRS 104. Sekarang tidak ada lagi benda-benda yang mengganggu fikiran aku. Semuanya telah selesai. Tapi, masih ada dua kertas lagi yang belum lepas.

Semasa on the way balik exam, semasa duk makan-makan kat kafe dengan Kerengga Hijau dan Hajaratun, tetiba jer kami bertiga terasa nak makan mempelam muda. Sedang berkira-kira nak kuar beli rojak buah , tetiba terlihatlah oleh kami sepohon pokok mangga kat belakang tempat tinggal kami. kami saling memandang antara satu sama lain, dan tetiba hajaratun berkata, “ Exam baru lepas satu jer ni, nak ke tak?”. Kerengga Hijau pula menjawab, “ Erm.. tempat ni kan tempat kita, aku rasa tak salah kot”.

Pada malamnya, berbekalkan plastic TESCO, Pakar pemanjat pokok dijemput hadir sama untuk menjayakan projek kami ini. Kami berempat tetiba berubah menjadi penyamun yang bertauliah. Seorang diatas pokok, dan selebihnya mengutip buah mangga kat bawah. Hasilnya, sangatlah berbaloi-baloi. Walupun begitu, pakar panjat pokok kami mengalami kecederaan digigit oleh semut yang kecil tetapi memberi kesan kegatalan yang agak lama.

Inilah hasil yang kami perolehi dalam masa 30 minit.


Sila fokus kepada buah mangga ok, jangan fokus pada muka~



Mangga dalam plastik TESCO.

Finally.. dapatlah impian kami dipenuhi.. setelah bersusah payah mengendap pokok mangga, berkerja dalam gelap untuk mengutip buah, digigit semut dan nyamuk.

Sangat gembira bila mangga yang duk kat atas pokok, tetiba duk dalam pinggan depan mata kami malam tersebut. Dan yang lagi seronoknya, mangga tersebut dah masuk perut kami semua. Kami juga menjemput kawan-kawan yang lain untuk berparti dengan buah mangga tersebut.



Kami berparti dengan penuh kasih sayang kat rest room, and confirm isok makcik cleaner akan bising, n satu lagi hal, mesti mak cik cleaner berdendam dengan orang-orang yang curik buah mangga pujaan mereka semua.



Mohon maaf ye makcik semua, mangga makcik turut menjadi pujaan kami jua~

Nota Lutut: Baru satu paper lepas, bagaimana agaknya kalau semua paper dah lepas??

Saturday, April 17, 2010

Mr.Teddy dan Kasut Ulat Gonggok~

Genap seminggu aku duk sorang-sorang. Rumate aku semua duk berdansa di kampung halaman masing-masing. Terpaksa lah aku duk sorang-sorang dalam bilik ini. Kalau tidak kerana projek VRS 104, dah lama aku balik kampung. Oleh kerana terpaksa siapkan projek ni, terpaksa lah aku duk sorang-sorang. Walau bagaimanapun, siap jugak projek ni. Walau macam-macam terpaksa aku tempuhi, siap jugak.

Bunyi macam susah je nak buat, sebenarnya tak susah pun. Biasa lah, aku dan ahli group aku semuanya hebat melukis dan mewarna. tapi..hebat ker??

Step 1: menconteng sesuka hati jer.. tak payah nak berhati-hati . makin berhati-hati makin tak jadi lak.



Step 2: Semangat betol si semut merah menconteng..ekekekke~




Tapi aku usung kanvas ni masuk bilik aku, aku touch-up sikit-sikit.
Dan inilah hasilnye bila hampir siap..

Bila dah siap, aku dedikasikan karya ni untuk Mr. Teddy aku. Kerana dialah yang setia menemani aku selama seminggu ni.



Bila semua dah ciap semua projek, aku rasa lega sangat-sangat. Tetiba jer aku jadi rajin lebih, dah la duk sorang-sorang, makin senang la kerja aku nak mengemas, aku mencuci pakaian( erk..bukan ker tu memang kejer wajib aku setiap hari??), aku lap tingkap, dan yang paling penting aku cuci semua kasut-kasut aku.

Inilah kasut-kasut yang aku cuci hari ini, erm..Tapi, aku ada dua jer kaki ok! Saya bukan ulat gonggok ok, saya cuma SEMUT MERAH!


NOTA KAKI: Aku rajin lebih,coz rumate aku dah nak balik cni and aku isau dia berleter lebih, huahuahau. Buat kasut-kasutku yang belum aku cuci, tgu turn minggu depan ok~

Friday, April 16, 2010

Ibu VS "En.Kekasih"

Sejak dua menjak ni, aku banyak fikir pasal ibu. Mungkin sebab rindu kat mak aku kot. Dah lama aku tak balik kampung, so maknanya da lama lah aku tak bermesra- mesraan dengan mak dan anak-anak sedara aku.

Bila dah besar ni, barulah aku pandai berfikir, kenapa dulu-dulu mak aku marah bila aku nak ikot geng kawan lelaki aku main sungai, main lastik burung, masuk kebun getah cari buah getah dan yang paling besh pergi cari buah kemunting. Tapi, aku curik-curik jugak ikot mereka pergi main sungai, siap aku curi saji mak aku lagi. Aku curi saji coz nak buat tangkap ikan. Bukan main seronok lagi aku bila dapat tangkap ikan dan udang kecil-kecil kat tepi-tepi sungai.



Dengan bangganya aku balik umah sambil bawak plastic yang berisi udang dan ikan kecil, bangga nak tunjuk ikan kat mak dan kakak aku. Bila sampai je kat umah, mak tanya aku, ‘Banyak dapat ikan?’. Suka gila dalam hati, coz dapat respon yang positif, dan mak aku lansung tak marah aku walaupon aku dah curi-curi guna saji dia. Belum pon sempat nak menjawab, ternampak ditangan mak dah ada paip getah. Apa lagi, time tu jugak la aku buang plastik ikan dan saji yang aku sedang pegang. Nak tunggu apa lagi, tu tandanya bahaya, terus la aku main kejar-kejar keliling rumah dengan mak aku. Tapi, nasib baik la, aku masih power berlari, takdenya mak aku sempat nak kejar aku. Tapi yang malangnya, aku tetap ugak kena getah paip tu, coz getah paip tu panjang.

Bila aku dah penat kena kejar, aku mandi-mandi dan pergi menyorok kat sebelah arwah ayah aku. Arwah ayah aku tak pernah marah pon kat aku. Itu yang aku seronok time tu, dan masa tu jugak aku sayang arwah ayah aku lebih berbanding mak aku. Bila time nak makan, takot nak pergi makan, coz mak menunggu kat meja makan. So, terpaksa la aku terkedek-kedek ikot belakang arwah ayah, bila duduk dengan arwah ayah, aku mesti selamat punya. Mak aku pun mesti baik jer layan ayah aku, aku pon tumpang sekaki la.

Bila aku umur 6 tahun, ayah aku meninggal dunia. Masa tu aku sedih sangat, tapi masa tu jugak la, aku dah sayang mak aku sepenuh jiwa aku. Aku pun rasa macam mak dah sayang aku sepenuh jiwa dia jugak. Hahaha.. mungkin masa arwah ayah ada, aku tak perasan yang mak pun sayangkan aku juga. Tambah-tambah aku anak bongsu, makin la aku rapat dengan mak aku lepas arwah ayah dah tiada. Tapi, sekarang dah berbeza, sepenuh kasih sayang aku, kat mak aku jer.

Aku ingat lagi benda tak elok yang aku pernah buat kat mak aku. Masa aku umur 7 tahu, aku demam teruk-teruk. Badan aku kena lap dengan air setiap masa, coz badan aku panas teruk-teruk. Tiap kali nak terlelap jer, mesti mak aku mesti lapkan badan aku dengan air yang berwarna putih untuk sejukkan badan aku. Aku pun tak tahu sangat air ubat apa yang mak aku guna. Yang aku tahu, aku sangt sakit hati bila nak terlelap jer, mesti terkejut coz badan jadi sejuk kena lap dengan air tu. Aku tetiba jer berdendam dengan air dalam mangkuk kat sebelah kepala aku. Aku dengan tetiba jer bangun dari tidur dan terus ambik mangkuk tu dan terus campak kat luar rumah. Mak aku tengok dan buat muka terkejut.



Aku terus je sambung tido, dan bila bangun tido baru lah aku menyesal dengan perbuatan aku. Masa tu mak langsung tak marah sikit pun kat aku, lagi lah aku terharu, pilu dan sebagainya. Bila aku dan sihat sikit, mak tanya aku, ‘Adik, nape buang air ubat?’. Aku senyap je la, mak hanya senyum kat aku. Bila aku fikir semula, kalaulah aku buat perangai tu time aku sedang sihat dan segar bugar, confirm aku kena libas dengan hanger!. Tapi nasib baik jugak la aku demam masa tu. Aku telah dilayan bagaikan puteri~.

Bila dah pandai berfikir ni, aku dah janji dengan diri sendiri, aku akan jaga mak aku sampai bila-bila. Bukan sedang nak besarkan anak-anak sorang diri selam a 17 tahun. Mak aku adalah ibu yang terbaik di dunia ni!

Sejenak terfikir, macam mana kalu tetiba muncul konflik untuk membuat pilihan antara bakal pasangan hidup dan emak sendiri. Yang mana harus dipilih ye?? Mesti agak susah untuk membuat pilihan kan? Bakal pasangan hidup cinta, emak kasih. Bagi aku,tidak salah kan andai memilih kasih sayang yang dah berpuluh tahun dicurahkan untuk kita, sedangkan ‘encik kekasih’ hanyalah beberapa tahun dikenali.
Encik kekasih pun punyai ibu juga, mesti dia akan memahami situasi yang sebenar.

Cinta itu datang dan pergi, cinta itu boleh mekar di dalam hati sesiapa sahaja. Di harap ‘encik kekasih’ yang mengalami masalah tidak direstui, banyak-banyakkan bersabar. Kerana restu dari kedua ibu bapa itu penting . Dan perlu ingat kasih seorang ibu sampai ke syurga. Aku rasa pempuan-pempuan yang lari ikut ‘encik kekasih’ ni, mereka tak sempat berfikir yang dah berapa lama dan berapa puluh tahun sebenarnya keluarga mereka curahkan kasih sayang kat mereka. Ataupun, mereka tak reti mengira kot!

Nota kaki: saye sayang semua~

Thursday, April 15, 2010

TENGOK DAN FIKIR

Semasa turun dari bas, berkerut-kerut muka tak tahan sinaran matahari. Panas teruk hari ini, dalam hati menyesal coz tak bawa payung. Tapi aku tak pernah ada payung pun. Tetapi time panas macam ni baru lah teringin nak memiliki payung sendiri. Masa duk dalam bas, tak terasa sangat panas, coz ada aircond. Bayangkan macam mana panasnya time kul 3 tengahari, terpaksa jalan terkedek-tedek bawah terik matahari.



Semasa hati duk bercakap sorang-sorang, ‘apasal la aku tak bawak payung’, tetiba mata terpandang pada manusia-manusia yang sedang bekerja dibawah terik matahari. Terus hati diam tak terkata, mungkin sedang menginsafi, kerana aku hanya berjalan melenggang kangkung dibawah terik matahari, sedangkan ada orang lain sedang sibuk bekerja keras dibawah terik matahari. Peluh yang menbasahi baju mereka menggambarkan bahawa telah lama mereka sedang berjemur di bawah terik matahari. Tetiba simpati menjalar dalam hati, begitu hebat sekali ‘orang-orang’ ini. Dalam hati berkata lagi, ‘orang-orang ‘ ini hebat mungkin kerana ada orang yang hebat dibelakang mereka.



Aku tinggalkan mereka dengan hati yang insaf, sekali lagi aku lihat suasana yang berbeza, semasa aku membuang tin minuman dalam tong sampah, ada seorang budak perempuan datang mengutip tin tersebut. Sekali lagi aku berfikir, begitu hebat budak ini, kerana sudah pandai mencari rezeki walau dengan apa cara sekalipun. Tong sampah diselongkar oleh budak perempuan itu, dengan sebuah harapan agar mendapat apa yang dimahukan olehnya. Apabila beberapa tin ditemui, terlihat senyum yang tersembunyi disebalik keringat dan wajah comotnya. Tapi, masih terlihat jelas yang dirinya berpuas hati dengan hasil yang diperolehinya. Hati aku sungguh berbangga dengan si kecil itu, hatiku turut tersenyum untuk si kecil itu, tapi aku mengawal wajahku dari mengukir senyum. Aku tidak mahu si kecil itu perasan dirinya sedang diperhatikan dan berfikir bahawa aku sedang tersenyum atas kesusahannya.

Semasa aku sampai di hostel, aku Nampak makcik cleaner sibuk mencuci bilik air. Sekali lagi aku berfikir, ‘adakah aku mampu?’ untuk jadi seperti mereka semua.

Walau apa pun yang aku lihat, aku juga berbangga kerana aku dibesarkan oleh anak petani. Seorang ibu tunggal yang hanya berkerjaya sebagai petani. Tapi, ‘berkerjaya’ kah seorang petani? Petani juga melalui terik sinar matahari. Keringat membasahi baju, diawal pagi dan lewat petang hanyalah sebagai petani.

Tiada abjad yang diketahui, usahkan untuk membaca. Yang ketahui hanyalah, memberi pendidikan untuk anak-anaknya. Biarpun diri sendiri tak tahu membaca, anak-anak dipaksa untuk belajar, yang keluar dari mulutnya hanyalah, ‘pergi membaca,pergi membaca’. “ Kamu besar esok-esok nak jadi petani macam mak ke?”.



Semasa aku membuat homework, sendiri buat la, tak pernah ada yang bantu. Bukan seperti budak-budak zaman sekarang. dibantu oleh mak n bapa, pergi extra class lagi, panggil cikgu mengajar kat umah lagi. Zaman aku dulu, semuanya sendiri.

Apa-apa pun, yang paling aku bangga, walaupun mak aku tak pandai membaca, aku pandai membaca. Itu, tandanya… Mak aku adalah seorang ibu yang Berjaya.



Nota Kaki: Berbangga lah walau siapa anda masa dahulu, n sape anda pada masa sekarang!

Tuesday, April 13, 2010

Selamat Pagi Rama-rama, Selamat Pagi Matahari!

Masih lagi sendiri, bangun- bangun pagi terus belek buku kat laptop. Awal betol belek buku hari ini, biasa la, seorang yang cemerlang mesti lah kena sentiasa dengan buku. Banyak benda yang nak tahu and nak baca.

Bnyak benda yang nak kena update, melalui buku ni benda yang jauh pon akan dapat di dekatkan. Tapi, semut merah juga cukup heran bila ramai yang mengaitkan buku dengan benda yang negative, ada ke patut cakap ‘buku’ ini dapat menjatuhkan prestasi pelajar.

Apa-apa pon, buku ni dapat mengeratkan hubungan yang jauh jadi dekat. Melalui ‘buku’ ni jugak, boley la skodeng-skodeng orang yang kita nak skodeng! Wah, cukup hebat sekali buku nih, mcm ‘lampu’ Alladdin jer.

Sape-saper yang tidak ada buku ini lagi, sila dapatkannya secara percuma. Xley cilok2..xbek!
Inilah die buku itu:



NOTA LUTUT: Facebook ‘pesbok’ , bukan ker sama dengan buku?
Lalallalallala.

Saturday, April 10, 2010

SEMUT MERAH DAM MEGGI KEMBANG-NYA

Sunyi n sepi giler-giler ari ni, semut api dan semut kuning yang merangkap roommate aku telah berangkat pulang ke kampung mereka masing-masing. Sorang kat Pasir Mas and sorang lagi kat Kuala Krai. So, tinggallah aku sorang-sorang kat ‘tempat’ ini, yang diberi nama Negeri di dalam taman.

Bila duk sorang-sorang, tetiba mengidam nak makan KFC, mahu..tapi malas untuk pergi membelinya, maka semut merah pon berbuatlaah permintaan kepada pegawai istana nya. Namun permintaan itu hanya dipandang enteng! Sangat kuciwalah perasaan sang Semut Merah. Mengangis lah ia sambil golek-golek seorang diri.

Mahu tapi malas, telah menyebabkan Semut Merah hanya makan meggi special sahaja. Iaitu meggi bengkak!

Semasa Semut Kuning mahu pulang ke kampung nya di Pasir Mas, beliau telah tertinggal baju sejuk yang ingin dipakai dalam bas. Beliau tertinggal kat tempat parkir kenderaan, so terpaksa lah Semut Merah korbankan masa tidonye tolong mengambil baju sejuk itu n menyimpannya dalam bilik.

Semasa otw nak mengambil baju itu, yang dapat dilihat..hanyalah ini:


Rasa macam boleh golek-golek jer kat tempat ni, pasangan kupu-kupu dan rama-rama pun xder langsung malam ni. Sungguh-sungguh pelik and ajaib.

Ni pulak kat kafe , sedih dan sadis sekali..

Tetiba terasa nak cucuk air, tengok-tengok syiling ada Rm 1.20 jer, tak cukup lagi sekupang! Geram betol.. tapi..nasib baik tak ada orang kat kafe tu. Kalau tak, confirm semut merah akan malu lima kupang!

~erm..dunia Semut Merah agak sepi hari ni, ‘ I’m so alone’ !

Nota Kaki: Semut Merah Vs Maggi Special "Maggi Kembang ".

Semut Merah vs Salji

Saya mengidam nak makan salji, tak kira, saya nak makan salji ugak! Saya mahu makan salji yang diletak laici, dan letak aiskrim...



Sayang.. abang tengah usaha ni.. nanti tak lama lagi sayang makan salji puas-puas ek.. Semut Merah terus tersenyum-senyum bahagia mendengar jawapan tersebut. Semut Merah terus berangan tak lama lagi dapatlah dia pergi melancong di Negara yang bersalji.. Akhirnya..berjaya juga rancangan si Semut Merah mengenakan suaminya.. Sengaja Semut Merah buat-buat mengidam begitu~ sambil-sambil menyelam,apa salahnya telan air~

Tetiba..~ Sayang, cepat datang tengok apa abang dah beli untuk sayang!. Cepat je Semut Merah menghampiri suaminya, dengan mengharapkan tiket untuk mereka berdua pergi melancong berada di tangn suaminya.

Tapi.. bila melihat suaminya, terus Semut Merah pengsan dan tidak sedarkan diri!

Nota Lutut~ ‘sayang..abang dah belikan peti ais yang paling besar untuk sayang.. bolehlah sayang berdansa dalam peti ais and makan salji puas2’..

JENDELA VS PINTU

Pada suatu hari Leha dan Abu bergaduh, gara-gara kerana Leha terlalu mengaktifkan diri dalam perbagai persatuan. Keadaan ini tidak menyenangkan Abu. Maka berlakulah pertengkaran yang hebat antara mereka.



Maka, Abu telah mengeluarkan kata-kata yang sangt berat untuk didengari, iaitu,, ‘jika engkau melangkah keluar ikut pintu depan rumah ini, maka jatuh lah talak keatas kamu Saleha’.
Leha terus terduduk kerana terkejut dengan kata-kata suaminya.

Keesokan harinya..
Abu terlihat Leha sedang sibuk minum-minum di starbucks dengan ahli-ahli persatuannya. Sedihlah abu tiada terkira, kerana saleha telah melanggar amarannya. Abu telah menghampiri leha dan bertanya bagaimana dia boleh melanggar kata-kata yang telah diucapkan oleh Abu semalam. Dan abu bertanya pada leha adakah leha sudah tidak sayangkan dirinya lagi sehingga sanggup melanggar arahannya..

Dengan tenang Leha menjawab, Leha tetap sayangkan abang, sebab itulah Leha keluar rumah ikut JENDELA.

Nota Lutut: Jadilah is3 yang bijak, bila dia melangkah ke kiri, kita kekanan..Lalalala.

Friday, April 9, 2010

Aku semut merah yang suka makan, tapi tak bertukar ugak jadi kerengga. Itu lah yang mengherankan.Walaupun tidak bertukar jadi kerengga, badan tetap jugak mengembang! Apa salah nye, kot-kot makin besar n dapat jadi 'ratu' semut.. Adakah ini statement yang boleh dikatakan perasan??



Nota Lutut: Erkkk!Mcm ini kah??