Sunday, July 18, 2010

150 juta aku sayang 'kamoo'~

Saturday, July 17, 2010

Tarabas.. ~

Tiga , empat hari ni asyik melayan cerita ‘ the cave of the golden rose’ aje kejer. Ingat zaman budak-budak dulu, selalu memonteng terawih coz nak tengok cerita ni. mak pula bising la bila 4 orang anak perempuan dia tak pergi terawih semata-mata tengok cerita nih.

Zaman kecik-kecik dulu pemikiran lain sikir, seronok tengok cerita ni sebab ada banyak benda menarik. Ada ahli sihir baik yang boleh bertukar menjadi angsa yang cantik, boleh tengok cendawan bercakap, batu bercakap, tu pun dah jadi benda yang sangat-sangat menarik.

Tapi bila hambir 15 tahun berlalu, baru lah aku faham betol-betol bila tengok cerita ni. besh giler-giler. Aku pun pelik bila tengok cerita ni, antara hero dalam cite ni, romualdo and tarabas, aku boleh jatuh suka kat tarabas terok-terok. Sedangkan tarabas adalah ahli sihir. Romualdo pula, punya lah pegang watak sebaik-baik manusia.

Yang penting, aku suka Tarabas!

Nota Hati: I really miss u DEAR!

Eternity - Tarabas & Fantaghiro



Finally I finished watching the whole series. I'm in love with the story cannot put it out of mind... I managed to watch the whole series within 4 days .I love Fantaghiro's and Romaldo's Love story, characters, acting and everything, even the costumes... I watched some episodes when i was small on TV....i enjoyed da movie tat i haven't seen in 15yrs...realllyyy2 enjoyed...

~falling in luv with TARABAS~

OST Full House

Friday, July 16, 2010

Tak mo dengki-dengki..

Lalallala.. serunak.. ada buah hati baru~ warna merah lagi.. muah..muah.. sayang kamu..!

Walaupun da ada buah hati baru, yang lama masih lagi menjadi pujaan hati..

Nota Hati: Abang merah, kamu jangan dengki2 dengan ‘adik’ merah yea.. xbek dengki2.. dua beradik mesti la kena bantu membantu! Lalallalala,

Wednesday, July 14, 2010

Rentetan Hidup Musim Baru~

Sejak balik Penang, aku dah tak buka sarang semut ni. hari ni tetiba rasa nak buka n nak menconteng kat wall sarang semut nih. Sejak balik penang, aku sangat sibuk. Boleh bagi sampai tahap 9/10. Banyak benda yang perlu buat, angkut barang, coz kena pindah tempat tinggal dan sibuk dengan susun jadual. Biasalah, dah namanya pun pelajar, macam inilah hidup.

Mungkin juga, aku akan sangat-sangat sibuk selepas ini, coz perlu pergi buat kaji selidik dari rumah ke rumah. Aku ingat nak ambik kawasan negeri Kelantan, tapi penyelia aku cakap, buat kat penag, lagi senang and mudah untuk aku. inilah benda yang paling aku runsing, aku ni mana arif sangat tentang kawasan penang. Jangankan Penang, kawasan Kelantan pun aku tak mahir. Muahahhahah.

Pada awalnya aku fikir aku nak ambik paper je, tapi..bila fikir-fikir apa salahnya lau aku berjinak-jinak dengan ‘dunia kajian’ sekarang ni. kalau ada rezeki senang la sikit bila nak terus sambung belajar lagi. Ahhh..berangan lagi..muahahhaha.

Sekarang ni penat sangat, coz dah mula kena cari data. Kena korek data habis-habisan, dari tahun 1980 sampailah sekarang. Pasni kena pulak cari responden sekurang-kurang melebihi 150 orang. Mana la nak cari semua tu. Silap-silap ketuk pintu umah diorang and siap kena halau dengan batang penyapu lagi.

Walau macam mana pun, hidup perlu diteruskan, . Hidup perlu diteruskan dengan riang ria and bahagia. Anggaplah isok merupakan hari penghabisan, konpom semua benda aku nak buat hari ini. And konpom juga lah semua benda akan terbuat dengan baiknya.

Andaikata isok merupakan hari penghabisan untuk aku, mahu aku titipkan disini, aku sayangkan kamu-kamu yang menyayangi aku. dan mohon maaf andai aku berdosa pada kalian!

Amboi melalut! Baru sakit kepala sikit-sikit dah melalut~ Muahahahahah.

Thursday, July 8, 2010

Berat Hati Ini~

Hari demi hari dilalui, hari silih berganti, rupanya dah hamper dua bulan aku berada di kampung. Isok, 9 julai aku akan meninggalkan kampung halaman. Bermula 12 hari bulan 7 ni, bermulalah kehidupan sebenar aku. Hati telah terdetik rasa pilu untuk meninggalkan kampung halaman. Tambahan pula mahu meninggalkan ibu yang tercinta seorang diri.

Beginilah nasib seorang ibu, terpaksa melalui kehidupan sendirian, walaupun pada masa mudanya dikelilingi oleh anak-anak. Kini bila suasana sudah berubah, keadaan juga telah berubah, inilah suasana yang terpaksa dilalui seorang ibu. Terpaksa menempuhi hari tuanya sendirian. Hati ini terasa berat untuk meninggalkan kamu wahai ibu, setelah hamper dua bulan aku menghabiskan masa bersama kamu.

A’ah..berat benar hati ini untuk meninggalkan kamu wahai ibu, .

Selama berada di kampung, aku juga berpeluang untuk mempelajari cara untuk memasak dengan betol, tidak ada lagi ketam masak merah yang berperisa tomyam 0k~ ehhhe..


Nota Hati: Sangat berat hati untuk meninggalkan emak saya!

Nota Kaki: harap sangat emak saya bermurah hati menerbangkan duwet yang berada di
bawah bantal, bawah tikar n tempat-tempat rahsianya untuk saya..
MUAHAHAHAH. Luv u mom~