Wednesday, July 14, 2010

Rentetan Hidup Musim Baru~

Sejak balik Penang, aku dah tak buka sarang semut ni. hari ni tetiba rasa nak buka n nak menconteng kat wall sarang semut nih. Sejak balik penang, aku sangat sibuk. Boleh bagi sampai tahap 9/10. Banyak benda yang perlu buat, angkut barang, coz kena pindah tempat tinggal dan sibuk dengan susun jadual. Biasalah, dah namanya pun pelajar, macam inilah hidup.

Mungkin juga, aku akan sangat-sangat sibuk selepas ini, coz perlu pergi buat kaji selidik dari rumah ke rumah. Aku ingat nak ambik kawasan negeri Kelantan, tapi penyelia aku cakap, buat kat penag, lagi senang and mudah untuk aku. inilah benda yang paling aku runsing, aku ni mana arif sangat tentang kawasan penang. Jangankan Penang, kawasan Kelantan pun aku tak mahir. Muahahhahah.

Pada awalnya aku fikir aku nak ambik paper je, tapi..bila fikir-fikir apa salahnya lau aku berjinak-jinak dengan ‘dunia kajian’ sekarang ni. kalau ada rezeki senang la sikit bila nak terus sambung belajar lagi. Ahhh..berangan lagi..muahahhaha.

Sekarang ni penat sangat, coz dah mula kena cari data. Kena korek data habis-habisan, dari tahun 1980 sampailah sekarang. Pasni kena pulak cari responden sekurang-kurang melebihi 150 orang. Mana la nak cari semua tu. Silap-silap ketuk pintu umah diorang and siap kena halau dengan batang penyapu lagi.

Walau macam mana pun, hidup perlu diteruskan, . Hidup perlu diteruskan dengan riang ria and bahagia. Anggaplah isok merupakan hari penghabisan, konpom semua benda aku nak buat hari ini. And konpom juga lah semua benda akan terbuat dengan baiknya.

Andaikata isok merupakan hari penghabisan untuk aku, mahu aku titipkan disini, aku sayangkan kamu-kamu yang menyayangi aku. dan mohon maaf andai aku berdosa pada kalian!

Amboi melalut! Baru sakit kepala sikit-sikit dah melalut~ Muahahahahah.

No comments: