Thursday, July 8, 2010

Berat Hati Ini~

Hari demi hari dilalui, hari silih berganti, rupanya dah hamper dua bulan aku berada di kampung. Isok, 9 julai aku akan meninggalkan kampung halaman. Bermula 12 hari bulan 7 ni, bermulalah kehidupan sebenar aku. Hati telah terdetik rasa pilu untuk meninggalkan kampung halaman. Tambahan pula mahu meninggalkan ibu yang tercinta seorang diri.

Beginilah nasib seorang ibu, terpaksa melalui kehidupan sendirian, walaupun pada masa mudanya dikelilingi oleh anak-anak. Kini bila suasana sudah berubah, keadaan juga telah berubah, inilah suasana yang terpaksa dilalui seorang ibu. Terpaksa menempuhi hari tuanya sendirian. Hati ini terasa berat untuk meninggalkan kamu wahai ibu, setelah hamper dua bulan aku menghabiskan masa bersama kamu.

A’ah..berat benar hati ini untuk meninggalkan kamu wahai ibu, .

Selama berada di kampung, aku juga berpeluang untuk mempelajari cara untuk memasak dengan betol, tidak ada lagi ketam masak merah yang berperisa tomyam 0k~ ehhhe..


Nota Hati: Sangat berat hati untuk meninggalkan emak saya!

Nota Kaki: harap sangat emak saya bermurah hati menerbangkan duwet yang berada di
bawah bantal, bawah tikar n tempat-tempat rahsianya untuk saya..
MUAHAHAHAH. Luv u mom~

No comments: