Thursday, April 22, 2010

Pesanan buat bakal menantu Emak saya~



Best jugak bangun awal-awal morning, dapat dengar burung sedang setting suara masing-masing. Macam-macam suara burung boleh dengar. Sebijik rasa macam duk kat kampung. Cuma yang tidak ada kat sini hanyalah kokokan ayam sahaja. Bercakap pasal ayam berkokok, teringan zaman kecik-kecik, seronok bila bangun pagi-pagi dengar ayam berkokok, tambah-tambah kalau hari tu hari raya puasa. Bagi aku lah, bila pagi raya dengar ayam jantan berkokok, akan timbul perasaan lain macam jer, ia ada feel tersendiri.

Masa kecik-kecik, aku suka tido awal pada malam raya. Walaupun orang lain sibuk duk main main mercun dan main pelita, aku masuk tido jugak. Coz aku nak cepat-cepat malam jadi pagi, nak raya cepat-cepat. Bagi aku, raya zaman kanak-kanak sangat seronok dan meriah. Kemeriahan untuk menyambut hari raya betul-betul dirasai dan sampai sekarang aku ingati dan seboleh-bolehnya aku tidak mahu lupakan.


Part yang aku paling seronok ialah tolong akak-akak buat biscuit raya, suka and seronok giler bila dapat wat kueh raya yang macam-macam bentuk and warna. Rasa tak kesah, janji bentuk dan warna lain-lain ok. ~ekeke. Tapi takde nya mereka nak buat kueh mueh depan aku, confirm mereka akan buat time aku dah tido ataupun time sahur. Zaman tu, zaman berlumba-lumba nak buat kueh raya dengan jiran-jiran, almaklumlah akak-akak tengah muda remaja, masing-masing nak tunjuk bakat tersendiri.

Jangan cakap saya melucah ok~ saya google jer, tetiba jumpa biskut seksi nih~ muahahha!

Benda yang paling kelakar sampai sekarang aku tak boleh lupa ialah, baju raya merupakan benda yang paling sensetive untuk dipamerkan. Bila kawan-kawan Tanya, ‘baju raya kamo warna ape?’. Aku cakap baju aku warna merah , walaupun baju sebenar berwarna hijau. Punyalah aku berahsia bab-bab baju raya nih. Ish..mana boleh bagitau orang baju raya kita warna apa, nanti orang tiru. So kena tipu-tipu la, ekekke~. Lagi satu, pernah aku nangis-nangis sebab baju raya. Isok nak raya , hari buat ketupat baru siap baju raya aku.

Bab lambat siap aku tak kisah pun, coz mak aku sendiri yang jahit baju raya untuk aku dan akak-akak. Tapi yang jadi masalah dan buat aku nangis-nagis ialah.. akak aku basuh baju raya aku, dan sidai kat luar umah. Kebetulan pulak time duk sidai tu, kawan-kawan aku datang untuk main kat umah aku. Aku pun nangis la, mereka tengok baju raya aku. Baju raya masa aku kecik-kecik dulu benda yang paling sensitive taw, mana boley tunjuk-tunjuk kat orang. Nak cuci sebelum pakai pun, kena sidai dalam umah, tak nak orang nampak nanti bila orang nampak, dah tak gempak lagi rasanya.

Oleh kerana aku tido awal time malam raya, aku akan terjaga awal la pagi raya. Pukul 5 pagi aku dah terjaga, tapi tak de sape yang bangun pun time tu. Aku kejut la mak aku bangun, mak aku cakap awal lagi, aku sambung la tido balik, tapi..takdenya aku boleh tido…duk fikir macam-macam time tu, tak sabar nak pakai baju raya, dan duk fikir destinasi mana yang perlu pergi kutip duit raya.


Bila dah kul 6.30 pagi, tak perlu sape-sape pun paksa aku mandi and pakai baju raya. Semua aku akan buat sendiri. Lau hari sekolah biasa, mintak maaf la ye.. muahahahha~ Bila dengar jer tasbih hari raya, terus terasa gembira dan pilu.

zAMAN DAH BESAR AND GOJES~ EKEKEKKE


Bila dah besar ni, susah nak cakap gembira or tidak. Bagi aku raya sudah hilang meriahnya. Perkara utama yang buat aku rasa macam tu ialah, semua akak dan abang dah tawen. Time malam raya tingal aku sorang jer duk kat umah. Semua benda aku kena buat sendiri, buat kkuih raya sorang-sorang ok~ . mereka dah ada nak pinak, tak sempatnye nak tolong-tolong aku. Lagipun mereka semua duk jauh-jauh semuanya. Balik pun dah semput-semput nak raya dah. Yang tinggal hanya aku ajelah kat umah. Kecian ugak kat mak bila time macam ni. Tapi, sekurang-kurangnya aku masih ada untuk menemani mak. Pernah jer malam raya, aku dengan mak yang ada kat umah . Akak-akak dan abang semua balik umah mertua. Xbest langsung rasa, langsung tak meriah. Aku saja-saja nak wat meriah, aku kuarkan semua kasut yang ada, dan aku susun kat luar umah, aku pasang lagu kuat-kuat, and aku lompat dalam umah sorang-sorang~ Mak aku Tanya, nape duk melompat-lompat nih, aku terus jer jawab, ‘Nak suh rasa meriah”. Mak wat tak kesah jerk at aku. Die pun faham kot, betapa tak besh nya aku raya sorang-sorang!

Time nak kemas umah, semuanya aku kena buat, xder nye jiran aku nak tolong datang kemaskan and tolong aku. Akak-akak aku lagilah tak boleh nak mimpi kat mereka semua. Balik pun dah dekat raya, usahkan nak tolong aku. Semua benda aku buat sendiri, dari halaman luar umah sampai lah kat sekecik-kecik ruang dalam umah aku kena kemas, iaitu bilik air. Penat betol la. Akak dan abang balik semua dah beres dah. Untungkan mereka??

Time malam raya pulak jangan bermimpi la pukul 9 dah boleh tido. Sekurang-kurangnya pukul 3 pagi baru aku boleh tido. Kena buat macam-macam, dah la seorang diri. Tapi, mak kadang-kadang teman jugak aku wat kejer, tapi aku akan paksa mak aku tido ugak. Mungkin mak pon kecian tengok aku sorang-sorang wat kejer. Tapi, aku lagi kecian tengok mak aku, aku faham perasaan mak aku, mesti mak aku sedih sebab keadaan dulu dan sekarang dah berubah. Raya dulu-dulu akan dikelilngi oleh anak-anak. Tapi, bila anak-anak dah besar, keadaan semuanya berubah. Tetapi, walau bagaimana pun, setiap orang ada tanggungjawab masing-masing. Mak aku pun faham bahawa akak a pun punyai tanggungjawab tersendiri. Bila dah bersuami, mereka ada tanggungjawab pada suami masing-masing.

Bab makan-makan pun aku kena uruskan jugak, menu untuk pagi dan tengah hari raya. Erm..ingat sennag ker jadi anak paling last nih. Bila hari wat ketupat, saya lah bibik, sayalah tarzan. Kena buat macam-macam, kena sediakan santan untuk ketupat, bungkus ketupat, rebus ketupat dan macam jenis kerja lagi. Lau zaman kecik-kecik dulu, confirm time ni aku duk tengok cerita kat tv, yang rosyam nor berlakon sambil makan pulut dengan air milo. ~opss, hari buat ketupat aku selalu mohon cuti puasa dengan mak, coz tak tahan dengan godaan makanan yang ada~



Semuanya dah berubah sekarang ni, keadaan pun dah berubah jugak. Tapi yang masih belum berubahnya ialah ,tiap kali nak bangun sahur, mak mesti kejutkan aku, dan paksa aku bangun makan. Bila mak kejut, aku kan jawab, “ye, dah bangun ni”. Mak terus la diam, aku pun bangun la, pergi bilik air, cuci muka dan seangkatan dengannya. Terus pergi kat meja makan, ambik pinggan, ambik lauk.. dan time nak suapkan nasik kat mulut, tetiba aku mendengar lagi satu jeritan yang buat aku terkejut. “SEMUT MERAH, bila nak bangun tido, sahur dah nak abes waktu ni, bangun cepat”. Owh..baru aku sedar rupanya-rupanya aku masih tergolek atas katil. Rupanya yang aku g bilik air, ambik pinggan semuanya mimpi semata-mata.

Ini hanyalah secarik dari segala pengalaman hidup, banyak lagi benda-benda yang harus dilalui dan ditempuhi. Kadang-kadang ada pahit dan kadang-kadang ada manis.

Nota kaki: Ehem..kepada siapa-siapa yang BAKAL menjadi menantu emak saya. Saya nak bagitaw awak..saya mahu beraya dengan emak saya sokmo~. Harap awak tak kesah ok! Ekkekeek~

No comments: