Friday, April 16, 2010

Ibu VS "En.Kekasih"

Sejak dua menjak ni, aku banyak fikir pasal ibu. Mungkin sebab rindu kat mak aku kot. Dah lama aku tak balik kampung, so maknanya da lama lah aku tak bermesra- mesraan dengan mak dan anak-anak sedara aku.

Bila dah besar ni, barulah aku pandai berfikir, kenapa dulu-dulu mak aku marah bila aku nak ikot geng kawan lelaki aku main sungai, main lastik burung, masuk kebun getah cari buah getah dan yang paling besh pergi cari buah kemunting. Tapi, aku curik-curik jugak ikot mereka pergi main sungai, siap aku curi saji mak aku lagi. Aku curi saji coz nak buat tangkap ikan. Bukan main seronok lagi aku bila dapat tangkap ikan dan udang kecil-kecil kat tepi-tepi sungai.



Dengan bangganya aku balik umah sambil bawak plastic yang berisi udang dan ikan kecil, bangga nak tunjuk ikan kat mak dan kakak aku. Bila sampai je kat umah, mak tanya aku, ‘Banyak dapat ikan?’. Suka gila dalam hati, coz dapat respon yang positif, dan mak aku lansung tak marah aku walaupon aku dah curi-curi guna saji dia. Belum pon sempat nak menjawab, ternampak ditangan mak dah ada paip getah. Apa lagi, time tu jugak la aku buang plastik ikan dan saji yang aku sedang pegang. Nak tunggu apa lagi, tu tandanya bahaya, terus la aku main kejar-kejar keliling rumah dengan mak aku. Tapi, nasib baik la, aku masih power berlari, takdenya mak aku sempat nak kejar aku. Tapi yang malangnya, aku tetap ugak kena getah paip tu, coz getah paip tu panjang.

Bila aku dah penat kena kejar, aku mandi-mandi dan pergi menyorok kat sebelah arwah ayah aku. Arwah ayah aku tak pernah marah pon kat aku. Itu yang aku seronok time tu, dan masa tu jugak aku sayang arwah ayah aku lebih berbanding mak aku. Bila time nak makan, takot nak pergi makan, coz mak menunggu kat meja makan. So, terpaksa la aku terkedek-kedek ikot belakang arwah ayah, bila duduk dengan arwah ayah, aku mesti selamat punya. Mak aku pun mesti baik jer layan ayah aku, aku pon tumpang sekaki la.

Bila aku umur 6 tahun, ayah aku meninggal dunia. Masa tu aku sedih sangat, tapi masa tu jugak la, aku dah sayang mak aku sepenuh jiwa aku. Aku pun rasa macam mak dah sayang aku sepenuh jiwa dia jugak. Hahaha.. mungkin masa arwah ayah ada, aku tak perasan yang mak pun sayangkan aku juga. Tambah-tambah aku anak bongsu, makin la aku rapat dengan mak aku lepas arwah ayah dah tiada. Tapi, sekarang dah berbeza, sepenuh kasih sayang aku, kat mak aku jer.

Aku ingat lagi benda tak elok yang aku pernah buat kat mak aku. Masa aku umur 7 tahu, aku demam teruk-teruk. Badan aku kena lap dengan air setiap masa, coz badan aku panas teruk-teruk. Tiap kali nak terlelap jer, mesti mak aku mesti lapkan badan aku dengan air yang berwarna putih untuk sejukkan badan aku. Aku pun tak tahu sangat air ubat apa yang mak aku guna. Yang aku tahu, aku sangt sakit hati bila nak terlelap jer, mesti terkejut coz badan jadi sejuk kena lap dengan air tu. Aku tetiba jer berdendam dengan air dalam mangkuk kat sebelah kepala aku. Aku dengan tetiba jer bangun dari tidur dan terus ambik mangkuk tu dan terus campak kat luar rumah. Mak aku tengok dan buat muka terkejut.



Aku terus je sambung tido, dan bila bangun tido baru lah aku menyesal dengan perbuatan aku. Masa tu mak langsung tak marah sikit pun kat aku, lagi lah aku terharu, pilu dan sebagainya. Bila aku dan sihat sikit, mak tanya aku, ‘Adik, nape buang air ubat?’. Aku senyap je la, mak hanya senyum kat aku. Bila aku fikir semula, kalaulah aku buat perangai tu time aku sedang sihat dan segar bugar, confirm aku kena libas dengan hanger!. Tapi nasib baik jugak la aku demam masa tu. Aku telah dilayan bagaikan puteri~.

Bila dah pandai berfikir ni, aku dah janji dengan diri sendiri, aku akan jaga mak aku sampai bila-bila. Bukan sedang nak besarkan anak-anak sorang diri selam a 17 tahun. Mak aku adalah ibu yang terbaik di dunia ni!

Sejenak terfikir, macam mana kalu tetiba muncul konflik untuk membuat pilihan antara bakal pasangan hidup dan emak sendiri. Yang mana harus dipilih ye?? Mesti agak susah untuk membuat pilihan kan? Bakal pasangan hidup cinta, emak kasih. Bagi aku,tidak salah kan andai memilih kasih sayang yang dah berpuluh tahun dicurahkan untuk kita, sedangkan ‘encik kekasih’ hanyalah beberapa tahun dikenali.
Encik kekasih pun punyai ibu juga, mesti dia akan memahami situasi yang sebenar.

Cinta itu datang dan pergi, cinta itu boleh mekar di dalam hati sesiapa sahaja. Di harap ‘encik kekasih’ yang mengalami masalah tidak direstui, banyak-banyakkan bersabar. Kerana restu dari kedua ibu bapa itu penting . Dan perlu ingat kasih seorang ibu sampai ke syurga. Aku rasa pempuan-pempuan yang lari ikut ‘encik kekasih’ ni, mereka tak sempat berfikir yang dah berapa lama dan berapa puluh tahun sebenarnya keluarga mereka curahkan kasih sayang kat mereka. Ataupun, mereka tak reti mengira kot!

Nota kaki: saye sayang semua~

No comments: