Friday, May 7, 2010

Ketam oh ketam~

Sape yang berani cakap aku tak pandai masak?? Sila angkat kaki masing-masing 0k~
meh la kamo semua join kelas memasak Cikgu Semut Merah.ehehe.. 0k~ari ni kita masak ketam masak merah yea. Firstly.. kita uruskan KETAM yea.


Oleh kerana aku tak berapa pandai nak uruskan ketam, aku Tanya la mak, mcm mana nak bersih ketam.. mak aku diam jer, dia cakap dah besar-besar pon tak taw lagi ke?? Esok lusa dah nak kawen pon tak tahu lagi ker nak wat benda tue? Aku pon berusaha sendirik je la..


Tengok…! Kan dah bogel ketam tue aku kerjakan.. Sape suh mak berlagak n tak mo bagitau nak buat macam mana…~ Habis ketam-ketam tu aku cabul tanpa belas kasihan! Aku sangat-sangat puas ati..muahahha.


Eleh..senang jer nak masak ketam masak merah ni.. kacang jer.. kisar bawang merah,bawang puteh, halia, cili, dan lain-lain bahan, panaskan kuali, tumis bahan-bahan tu semua..and masukkan gula, garam, and ajinomoto sekucup rasa.. mesti menjadi punyer ketam masak merah. Tapi kalau korang menumis bahan-bahan tadi guna minyak DIESEL,konpom tak jadi la ketam masak merah korang,lalallalal..~**~


Tengok! Menjadi tak..?lalalla..see da leg la~


Tak sabar nak tunggu anak buah balik sekolah, nak suh die rasa… tetiba bila dia dah rasa,


Anak Buah:“ Sue, sedap tom yam ketam sue masak”..


Aku: Erkkk?? Aku masak Tom Yam ker? Bukan ker aku masak ketam masak merah! Anak buahku bikin aku konpius~~

Nota Kaki: Tak boleh terima bila anak buah cakap aku masak tom yam ketam!

No comments: