Wednesday, June 16, 2010

Kita serupa cik Senah 0ii!~

Semalam, aku asyik baca blog orang lain jer, macam-macam kisah aku baca semalam. Cintan cintun, masalah keluarga, masalah berkawan, masalah nikah kawen dan sebagainya. Tetiba aku terbaca kisah blogger sorang ni, die cakap en.kekasih die pernah lupa besday die, n wat tak kisah jer bila blogger ni majuk-majuk tak puas ati dengan encik kekasih die.

Die cakap dulu selalu jer pujuk-pujuk, sekarang ni asyik bz jer, and sampaikan sms dan msg kat pesbok dah jarang berbalas. Bila keluar dengan kawan-kawan boleh jer sampai kul 4, 5 pagi baru balik umah. Tapi bila dengan die sms 3 n 4 msg dan penat, and cakap dah mahu tidow.

Aku namakan blogger ni cik senah ok, coz nak mudahkan aku bercerita. Cik senah ni jugak cakap yang die selalu memendam perasaan and still lagi sayang kat en.kekasih walaupun dilayan acuh tak acuh jer. Walaupun dilayan acuh tak acuh, selalu jer en.kekasih ucapkan kata-kata sayang kat cik senah ni. Keadaan ni membuatkan, ati cik senah cepat jer sejuk bila dengar ucapan dari en.kekasih die.

Ok, sekarang aku tutup cerita cik senah, time aku baca luahan hati cik senah semalam, terus jer aku cop en.kekasih die ‘terok’. And cik senah perlu mencari lelaki lain yang boleh membahagiakan diri cik senah. Aku fikir la kan, mesti en.kekasih cik senah ni ada skandal dengan pempuan lain, sampai bley lupakan cik senah.

Kalau dulu boleh jer en.kekasih cik senah main msg sampai 3 n 4 pagi, naper sekarang msg 3 n 4 keping pon dah penat. Konpom en.kekasih cik senah ada pempuan simpanan nih. Aku pun cakap la sorang-sorang, apasal la “slow” sangat cik senah nih, kena buli macam tu pun tetap sayang n “cool” jer dengan encik kekasih die.

Sedang aku menilai apa yang berlaku pada cik senah tu, tetiba ada suara entah dari mana datang ketuk dahi aku,

“ excuse ME cik semut merah.., situasi kamu dan cik senah lebih kurang sama 0k!~”
Aku usap-usap dahi aku, owh..senasib rupanya kita cik senah oi..muahahahha.


Nota hati: Alahai encik kekasih, besday saye sedang merangkak tiba nih..lalalla.

No comments: